Wednesday, 11 July 2018

Cerpen My Mr. Stalker - Bab 2




Sam

            Langkah aku terhenti. Motor Kawasaki berwarna hitam di depan mata buat aku keluh sendirian. Maknanya, mamat handsome tu ada dalam radius yang terdekat. Aku tebarkan pandangan mata ke sekeliling. Mamat tu enak bersandar di balik tiang lampu sambil perhatikan aku. Dah agak dah. Dia ni memang nak aku tahu yang dia sedang ikut aku. Ewah! Perasan model tiang lampu ke apa dia ni? Tahulah diri tu kacak menawan. Perlu ke posing macam tu? Ah! Lantaklah. Ada aku kisah?

            Aku masuk ke dalam pasar. Tak perlu nak keluarkan senarai bahan-bahan yang dikirim oleh Abang Leman. Aku tahu apa yang perlu aku beli.

            Keluar dari pasar, mamat handsome tu masih tercegat di tempat yang sama. Aku buat-buat tak nampak. Terus aku jalan ke perhentian teksi. Penat aku labuhkan ke atas bangku besi. Peluh kat dahi aku usap dengan dua jari. Teriknya matahari.

            “Kau masih kacau Shah nampaknya. Kau tak ingat ke apa aku cakap hari tu?”

            Aku malas nak menoleh. Dah tahu tuan punya suara tu siapa.

            “Aku takkan berhenti kacau dia,” balas aku tanpa pandang ke wajah dia.

            Apasal kau degil sangat? Aku dah kata Shah tu bakal tunang adik aku, kan?” dengus dia.

            “Ada aku kisah?”

            Aduh... manalah teksi ni? Selalu berbaris panjang kereta-kereta teksi tersadai kat depan pasar ni. Hari ni, boleh pulak satu pun takde. Depa ni mogok ke hape? Hangin betul aku ni la! Bila orang pilih untuk naik Grab, tahu pulak marah! Aku ni jelah yang masih setia nak naik teksi.

            “Berapa kau nak?”

            Akhirnya, aku toleh untuk pandang muka dia. Hailah... kenapalah abang si Hana ni kacak sesangat ek? Dahlah kacak, tinggi pulak tu. Badan fit! Bila pakai jaket kulit berwarna hitam macam malam tu, oh sungguh mengancam jiwa raga aku! Abang Hana ni kerja gengster ke? Dahlah kerja asyik stalk aku, lepas tu asyik nak menggertak aku je. Penat nak layan!

            “Maksud?”

            “Yalah, berapa kau nak untuk jauhkan diri kau daripada Shah?”

            Koyak bibir aku. Tak menahan betul tawaran dia. Macamlah Shah tu istimewa sangat!

“Kau ni mesti banyak layan cerita sinetron kan? Mesti kau ingat duit boleh beli segalanya kan?” Aku ketawa kecil. “Bapak, gue enggak mau uang lu. Lu jangan kacau gue lagi! Biarin gue sendirian di sini!” sindir aku dengan loghat negara seberang.

            Dia ketap bibir. Rahang dah tegang semacam. Marah ler tu!

            “Kau buang masa jelah kacau aku. Aku takkan biarkan Shah macam tu je!” dengus aku.

            “Aku bagi amaran sekali lagi. Jangan kacau Shah!”

            “Kalau aku kacau jugak?” cabar aku berani. Aku lawan mata tajam dia.

            “Kau akan menyesal nanti!”

            “Kau yang akan menyesal kalau aku tak kacau Shah. Kau tengoklah nanti. Dahlah! Kau blah jelah. Aku malas nak layan kau ni!” halau aku.

            Kebetulan, terkedek-kedek mengengsot sebuah teksi putih merah dan berhenti tepat-tepat di depan mata. Aku pun tak tunggu lagi. Terus saja mengangkat beg plastik lalu menderu ke arah teksi. Tak kuasa nak layan muka ketat mamat yang masih handsome ni lama-lama.

*********

Hadif

            Kenapa agaknya si Sam ni masih nak kacau Shah ya? Tak makan saman langsung dengan gertakan aku. Masih nak mengekor ke mana Shah pergi, dan masih mengganggu lelaki itu. Tapi... cara Sam mengganggu Shah bukan seperti mahu menggoda lelaki itu. Caranya kasar, garang dan lantang. Cuma aku masih tak tahu apa sebenarnya isu antara Sam dengan Shah ni.

            Nak tak nak, mungkin dah tiba masanya aku ikut saranan Sam untuk stalk Shah pulak. Mungkin aku perlu pasang spy untuk korek maklumat tentang Shah, sama macam aku buat untuk si Sam tu.

            Aku turun dari motor. Meja yang kosong aku cari.

            “Hek eleh! Kau lagi?” Belum sempat punggung mencecah kerusi, aku dah disergah begitu. Tak payah tanya siapa pun aku dah tahu.

            “Kau nak apa lagi ni bro?”

            “Aku nak makan. Bagi aku mi goreng satu, teh beng satu.”

            Dia lipat tangan ke dada. Pandang aku dengan ekor mata. Aku lawan pandangan mata dia. Apa? Ingat aku tipu ke? Stalker pun kena makan apa!

            “Hesy!” gerutunya sebelum berlalu.

            Tak lepas mata aku daripada mengekor setiap langkah dia. Ramai jugak pengunjung di restoran ni. Bertali arus orang keluar masuk. Selain Sam, ada dua orang lagi pekerja yang menjaga pelanggan. Seorang tukang buat air, dan berapa orang tukang masak pun aku tak tahu, sebab aku tak nampak kat bahagian dapur tu.

            Ramah Sam melayan pelanggan. Rata-rata pelanggan yang datang dikenali oleh Sam. Mungkin pelanggan tetap. Terdetik rasa iri di hati melihat dia boleh berlembut dan tersenyum manis kepada pelanggan lain. Kenapa tidak dengan aku? Aku pun pelanggan jugak apa! Pilih bulu betul minah ni!

            “Tak nak balik ke? Kedai dah nak tutup ni...” meleret suara dia. Sorotan matanya penuh dengan sindiran. “Dah puas perhatikan aku?”

            Aku tengok dia atas bawah. Sengaja aku gatalkan mata aku. “Belum...”

            Nampak dia terkedu. Dia berkalih diri daripada satu kaki ke satu kaki. Dia seperti tak reti nak balas macam mana. Rupa macam tercekik biji nangka pun ada.

            “Jadi, memandangkan aku belum puas perhatikan kau, aku belum nak balik lagi...”

            “Kau ni pervert ke apa?” soal dia garang.

            Pervert? Ada ke aku cuit kau? Tak kan?” balas aku.

            Dia jeling aku tajam. “Eh kau balik boleh tak? Banyak aku nak kena kemas ni.”

            “Kemas jelah. Bukannya aku larang pun!” Aku tahu tinggal aku sorang je pelanggan yang masih bertenggek di sini. Tapi memang aku takde mood nak balik lagi.

            “Sam!” nyaring betul suara perempuan yang tiba-tiba menjerit. Spontan kepala kami berdua berpaling.

            “Ya?” Aku pandang wajah Sam. Lemah suara dia.

            “Aku dah nak balik. Selagi kedai tak kemas, kau jangan mimpi nak balik!” Terkedek-kedek perempuan tu berjalan keluar dari kedai. Aku dengar Sam mengeluh. Berat keluhannya.

            “Kau sorang je ke kena kemas?” Tanya aku.

            Dia mengangguk. “Orang lain dia bayar untuk kerja sampai pukul 11 malam je. Aku kerja free, sebab tu aku sorang yang kena kemas.”

            Berkerut kening aku. “Kau kerja free?”

            Dia tak jawab. Pinggan dan gelas yang dah kosong di depan aku, diangkatnya. “Aku kemas dulu.”

            Aku tetap perhatikan dia. Entah kenapa, jawapan dia betul-betul mengganggu aku. Kenapa dia kerja free? Apa hubungan dia dengan perempuan tadi? Tak boleh pakai betul spy yang aku upah sebelum ni. Maklumat yang aku terima tak sempurna nampaknya. Banyak yang lompong. Hesy!

            Kerusi terakhir sudah ditelangkupkan ke atas meja. Aku bangun dan terus lakukan perkara yang sama untuk kerusi aku sendiri. Belas aku tengok si Sam ni. Keringat penuh di dahi dan di leher. Topi besbol bagai aksesori kekal di atas kepala. Badan sudah tidak selurus tadi. Tak sampai hati aku nak berkasar lagi dengan dia ni.

            “Aku nak tutup kedai ni...” Perlahan suara dia. Hilang sudah taring dia.

            Aku angguk. “Mehlah aku tolong.”

            Dia tak membantah. Tak larat dah agaknya.

            “Terima kasih...” ucap dia sebaik pintu restoran selamat dikunci. Dia berpaling.

            “Sam...” seru aku.

            Dia pandang wajah aku. Kasihan aku tengok muka dia yang lesu. “Ya?”

            “Kau tak nak kongsi dengan aku pasal Shah?”

            Sayu senyuman yang terbit di pinggir bibir. “Aku tak boleh... Tu hal keluarga aku.”

            Aku kecewa.

            “Cuma... kau percayalah cakap aku. Aku tak ingin dengan Shah tu. Aku betul-betul tak ingin. Aku cuma nakkan keadilan...”

            “Adik aku sayang sangat pada Shah tu. Dia tak nak kehilangan Shah.” Aku bersuara lagi.

            Senyuman tawar dihulurkan kepada aku. “Aku faham. Dan aku respect sangat kat kau sebab sanggup buat macam ni demi adik kau. Kau abang yang baik...”

            Wajahnya ikhlas. Walaupun penuh dengan garis kelesuan, tiada rona dengki atau iri hati pun pada wajah manis itu. Yang ada hanyalah kesakitan dan seribu garis kekesalan...

            Sam... Siapa yang buat kau sakit macam ni? Shah ke? Ceritalah pada aku... Aku sudi mendengarnya...

            Aku nekad. Akan ku korek semua rahsia dengan segera. Tapi... nampaknya aku kena cari spy baru. Spy lama hampeh tak boleh pakai! Mengabehkan bogheh jah!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang berhemah. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima kasih....