Monday, 10 November 2014

Baby 'Along'


Salam dan selamat petang semua. Sebelum ni saya pernah bercerita tentang manuskrip pertama yang mula ditulis pada 2011 tetapi masih belum menemui pembaca di pasaran. Alhamdulillah, baru-baru ni saya mendapat kata putus daripada LNP bahawa Baby Along sudah pun diluluskan. Bagi sesiapa yang berminat nak tahu tentang perjalanan Baby Along ni, meh saya kongsikan di sini.

Saya mula ‘mencari’ publisher daripada novel2 yang dibaca lalu pantas membuat carian di internet. Kemudian saya mencari booth publisher di pesta buku. Bila sudah membuat keputusan, saya pun menghantar e-mel. Tanya sama ada publisher berminat nak menerima dan menilai manuskrip saya. Dalam masa yang sama, bermacam-macam soalan saya utarakan, termasuk isu royalti, proses yang perlu dilalui, jangka masa yang akan diambil bagi tempoh penilaian dan sebagainya. Dan saya membuat penilaian sendiri daripada balasan yang saya terima. Menggunakan instinct dan juga comfort level...

Selepas 2 bulan manuskrip dihantar, saya e-mel mengatakan since takde balasan apa-apa, saya anggap manuskrip saya tidak diterima. Dan-dan dapat balasan kata mereka tidak menerima manuskrip yang dihantar. Saya disappointed sebab dah bazirkan 2 bulan tapi tetap bersangka baik. Maka saya menghantar semula. Tiga bulan lepas tu, dalam bulan Oktober 2012, saya mendapat ‘green light’ kata lulus. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa happynya saya masa tu.

Lepas lulus, senyap...tiada apa-apa follow-up. Saya e-mel lagi bertanya. Tiada balasan. Mungkin 3-4 e-mel yang dihantar, saya akan dapat 1 balasan. Nak e-mel selalu sangat, nanti mesti kata saya ni terlalu mendesak dan tidak sabar. Bila call dan tinggalkan pesanan, tidak pernah saya terima panggilan balasan. Begitulah...Susah agaknya nak balas e-mel sekadar memberitahu tentang status...

Sepanjang tahun 2013, saya masih menunggu. Akhirnya pada Februari 2014, saya menarik kembali manuskrip saya tu. Biarlah saya dianggap kurang sabar...Dan-dan dapat balasan meminta maaf dengan alasan terlalu banyak manuskrip dalam tangan dan semuanya beyond their control. Iyolah...Masa tanya dulu kenapa tak cakap macam tu? Saya ni orang baru...bila tanya fasal proses tak nak jawab. Cakap jelah waiting period dua tahun ke, tiga tahun ke...Tak boleh?

Saya cari publisher lain. Saya impressed sangat dengan publisher ni (yup, it’s LNP) sebab laju dia balas e-mel saya dan menjawab soalan2 saya, ketika ingin menghantar manuskrip Demi Bahagia Ini. Jadi lepas saya tarik balik manuskrip Baby Along, saya pun submit pada LNP.

Tup-tup kena reject! Hahaha...Memang dugaan betul masa tu...

Tapi saya dengar nasihat LNP dan juga nasihat kak FA from another publisher. Kita kena dahulukan pembaca. Tak boleh turutkan sangat kemahuan hati. Jadi saya olah semula manuskrip saya. Submit. Tak sampai sebulan, lulus. Alhamdulillah...

Ada banyak benda kita kena consider sebelum nak submit manuskrip pada mana-mana publisher. Kita tanya diri kita, apa yang kita nak sebenarnya. Nak bernaung di bawah payung gah lagi well-known atau menulis sebagai sumber mencari rezeki...Saya housewife, tak sanggup menunggu bertahun-tahun lamanya hanya mahu bernaung di bawah publisher yang dah lama establish. Saya perlukan income juga. Saya juga pernah menjadi service provider, jadi cara sesebuah publisher menjawab e-mel pertanyaan saya juga saya pertimbangkan. Ada juga yang kerek tau, jangan tak tahu...Hahaha...

Banyak isu yang perlu difikirkan. Proses, nama/reputasi publisher dalam market, marketing strategies, public relations, rangkaian pembaca dan sebagainya. Itu pendapat saya but at the end of the day, berdoa dan bertawakkallah that you have chosen the best for YOU!. Bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri...Sesuatu publisher mungkin tak sesuai bagi saya tapi sesuai untuk orang lain dan sebaliknya. Jangan anggap saya memuji LNP the best, sebab ini semua bergantung pada kehendak dan selera masing-masing...Takde sesuatu organisasi pun yang sempurna, kita kena sedar tu...Jadi buatlah research sendiri sebelum membuat keputusan...Itu je yang saya boleh cadangkan....

Sekadar nak berkongsi pengalaman.

Salam sayang,

Lynn

2 comments:

  1. Alhamdulillah, berkat cekal hati dan tak berputus asa, tengok hasil nya. Tahniah pada Lynn, kita pun masih lagi membaca DEMI BAHAGIA INI, dah berapa hari start membaca, masih belum habis, normally bila kita baca 1 buku, kita akan habiskan dlm 3 - 4 jam, tapi DBI, lambat kita nak habiskan, SEBAB? kita suka sangat cerita ni, dan tak nak dia cepat habis (ada juga peminat novel mcm ni hihihi), tadi kita dah add Lynn kat fb kan? seriously, i like ur story very much, kita mula giler baca novel ni , start dari awal teen, dari buku Sweet Dreams, Sweet Valley High, promoted ke Mills and Boon. and bila kita baca DBI, entah mcmner, ingat balik kenangan waktu zaman kita kemaruk MB tu dulu, jalan cerita yang sungguh, sweet & romatik, hero yang protective, tall (yes, always), dark (dark ker Ian ni?) & hensem (obviously), dan bahasa Lynn pun flow dia simple and sweet. cant hardly wait for your next baby nak keluar dari LNP. once again CONGRATULATION, mewarnai dunia penulisan tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mask D, kerana terhibur dengan DBI dan komen-komen yang diberikan. Alhamdulillah...saya benar-benar terharu. Samalah kita Mask D, saya pun mula membaca dengan Sweet Valley High, M&B and other romance novels. Dari zaman budak sekolah lagi! Hahaha. Menulis pula hanya suatu cubaan, dengan niat penulisan saya ini dapat memberi kepuasan kepada pembaca. Dan saya tahu banyak lagi ruang yang perlu saya perbaik dalam bidang penulisan ni...InsyaAllah saya akan berusaha ke arah itu...Thanks again for your support!! It means a lot to me!!!

      Delete

Sila gunakan bahasa yang berhemah. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima kasih....