Monday, 20 October 2014

Demi Bahagia Ini - Bab 12

BAB 12

Qistina berpuas hati dengan penampilannya. Solekan yang ringan dan bersahaja menyerlahkan lagi keayuan wajahnya. Dia melepaskan keluhannya perlahan-lahan. Dr. Ilyas Khan akan tiba sebentar lagi. Teman lelakinya untuk malam ini! Qistina juga baru dimaklumkan semalam yang Ian Iskandar juga akan turut menghadiri majlis makan malam yang sama, apabila lelaki itu mengajaknya menemaninya ke majlis itu. Merah muka lelaki itu menahan marah apabila diberitahu yang Qistina akan menemani Dr. Ilyas Khan dan bukan Ian Iskandar.

Berkali-kali Ian Iskandar memaksanya agar membatalkan janji temu dengan Dr. Ilyas Khan namun dibantah Qistina. Qistina tidak faham dengan kelakuan Ian Iskandar kebelakangan ini. Sejak perbincangan mereka di dalam bilik Qistina tempoh hari, Ian Iskandar masih cuba mendekatinya. Butir-butir bicara yang keluar dari mulutnya lembut dan bernada romantik. Tiada lagi tegas atau menyindir seperti selalu. Qistina bertambah keliru.

Suasana makan malam bertambah janggal buat Qistina. Ian Iskandar secara terang-terangan cuba menguratnya. Lirikan mata lelaki itu cukup menggoda. Begitu juga dengan senyuman serta gerak tubuhnya. Semakin sukar untuk Qistina berlagak bersahaja atau tidak mengendahkan perlakuan Ian Iskandar. Tidurnya terganggu gara-gara lelaki itu. Semuanya tidak kena. Lelaki itu benar-benar telah menghuru-harakan kehidupannya!

Qistina mengambil nafas dalam-dalam dan mencapai tas tangan serta kasut baldu hitam bertumit tinggi yang baru dibelinya tengah hari tadi. Dia menuruni anak tangga dan berhenti di luar pintu Puan Mariam. Dia teringat akan janjinya untuk mempamerkan keindahan gaun hitam pemberian Dr. Ilyas Khan kepada Puan Mariam sebelum bertolak ke majlis tersebut.

Qistina mengetuk perlahan daun pintu bilik Puan Mariam, lantas dibuka. Tergamam Puan Mariam melihat keanggunan Qistina yang berdiri di muka pintu. Kemudian dengan perlahan, senyuman di wajahnya semakin melebar. Bangga dia melihat Qistina menghiasi dirinya dengan begitu menawan sekali. Sarat hatinya ketika ini memandang gadis itu. Perasaan sayangnya begitu menebal kepada gadis itu. Tidak sabar menunggu saat gadis itu menjadi menantunya!

“Oh Qistina, darling! Qistina kelihatan sangat cantik dan menawan!”

Qistina tersipu malu mendengar pujian ikhlas daripada Puan Mariam. Dia menghampiri Puan Mariam dan menghulurkan tangannya. “Betul ke, madam?” Qistina sempat bertanya sebelum tangan Puan Mariam disalam dan dikucup. “Biasa je kot…” Qistina merendah diri.

“Dah tentulah! Hmmmm…Saya takut Dr. Ilyas lepas ni tak nak awak berlakon jadi girlfriend dia je…Dia tengok je Qistina, dia terus nak Qistina jadi girlfriend dia betul-betul!” Puan Mariam separuh mengusik. Namun di hati kecilnya, ada sedikit rasa gusar sekiranya Dr. Ilyas Khan betul-betul terjatuh hati dengan Qistina. Tidak mustahil ia boleh berlaku. Tengok sahaja rupa Qistina malam ini. Begitu mempesonakan!

Qistina tertawa kecil. “Ada-ada je madam ni! Takkanlah Dr. Ilyas macam tu. Dia masih angaukan bekas tunang dia tu!”

Di dalam hati, Puan Mariam juga mengharapkan begitu. Tidak mahu Qistina terlepas ke tangan orang lain. Tidak sabar dia ingin melihat reaksi Ian Iskandar apabila melihatkan Qistina sebentar nanti.

Tidak lama kemudian loceng pintu hadapan berbunyi. “Saya rasa date awak dah sampai.”

Qistina mengangguk. Dia pantas menyarungkan kasut di kakinya dan berdiri. Hatinya mula berdebar-debar.

“Saya guguplah madam!” Sesungguhnya Qistina merasakan begitu! Hendak menyamar menjadi teman wanita Dr. Ilyas Khan satu hal, hendak berlakon di hadapan Ian Iskandar ketika di majlis nanti, satu hal lagi.

Mesti Ian Iskandar akan menyangkakan yang bukan-bukan. Tidak tahu apa reaksi Ian Iskandar nanti. Perlukah dia berterus-terang sahaja dengan Ian Iskandar yang apa yang dilakukannya malam ini hanyalah sekadar membantu teman yang memerlukan pertolongannya? Tidak terkeluar penjelasan dari bibirnya melihatkan kemarahan Ian Iskandar semalam apabila mengetahui Qistina akan menemani Dr. Ilyas Khan. Mulutnya seakan terkunci melihat kemerahan dan ketegangan di wajah Ian Iskandar.

Dear, jangan bimbang. Semuanya akan okey”

“Saya pergi dulu, madam,” Qistina meminta diri.

No, dear. Nanti. Jangan pergi. Biar mereka masuk sini dulu. Saya nak tengok reaksi mereka apabila melihat awak…”

Tidak lama kemudian, pintu bilik Puan Mariam diketuk dan dibuka. Qistina masih berdiri sambil mengepit tas tangan di tangan kanannya.

Ian Iskandar berhenti melangkah sebaik sahaja matanya tertaup ke arah Qistina. Dia tidak menghiraukan yang dia kini menghalang laluan masuk Dr. Ilyas Khan. Terpanar dia memandang Qistina. Dadanya terasa amat berat. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya seakan tersekat-sekat melihatkan keindahan di hadapannya ini. Tercengang dan tergamam dia melihat Qistina bergaya dengan baju gaun untuk majlis formal malam nanti. Selalunya Qistina begitu sempoi dengan gayanya. Begitu santai. ‘Ya Allah! Betapa indah ciptaanMu ini! Bilakah aku bisa memilikinya?’

Qistina tidak senang berdiri. Tangannya digenggam dan diramas. Matanya dilarikan daripada ketajaman renungan Ian Iskandar yang begitu memukau. Ian Iskandar begitu tampan dan segak mengenakan tuksedo berwarna hitam. Tiba-tiba pada pandangan mata Qistina, lelaki itu nampak lebih tinggi, bahu dan dadanya lebih bidang daripada biasa dan secara keseluruhannya, lebih menawan dan lebih berkarisma, mengalahkan mana-mana pelakon yang pernah memainkan peranan James Bond di panggung wayang selama ini!

“Ehem, ehem…” suara Dr. Ilyas Khan kedengaran dari belakang Ian Iskandar. Ian Iskandar seolah-olah baru tersedar daripada lamunannya dan beralih ke tepi untuk membenarkan Dr. Ilyas Khan melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik. Reaksi Dr. Ilyas Khan tidak banyak berbeza daripada Ian Iskandar pabila matanya tertancap ke arah Qistina.

Oh my God! Wow!” Dr. Ilyas Khan bersuara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “I don’t believe this! Qistina, is that you?” Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu baju yang dibelikannya cantik dan indah. Namun tidak sekali-kali menyangkakan yang apabila dipadankan di tubuh Qistina, baju itu akan menjadi sepuluh kali lebih cantik dan indah! “You look magnificent!” Tidak habis-habis Dr. Ilyas Khan memuji.

Thanks, doc and thanks so much for the dress!” malu Qistina dipuji begitu.

Ian Iskandar mengetap bibirnya melihatkan senyuman manis di bibir Qistina. Hatinya masih panas sejak semalam apabila mengetahui Qistina akan menemani Dr. Ilyas Khan ke majlis amal malam ini. Cemburunya meluap-luap melihatkan Qistina menghiaskan dirinya sebegitu indah untuk tatapan lelaki lain selain dirinya dan memakai pula baju yang dihadiahkan lelaki lain!! Walaupun dia tahu Qistina masih belum menjadi isterinya, dia tetap menganggap gadis itu miliknya seorang sahaja.

Are you ready?” Dr. Ilyas Khan mendekati Qistina.

Qistina mengangguk. Qistina berpaling dan tersenyum ke arah Puan Mariam yang sedang tersengih girang. “Saya pergi dulu, madam.”

Have a good time, dear! You too, Ilyas…”

Ketika dirinya begitu dekat dengan Ian Iskandar, dia hanya mampu tunduk ketika meminta diri untuk pergi mengikuti Dr. Ilyas Khan. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan lelaki itu.

Tanpa disedari Qistina, mahupun Dr. Ilyas Khan, Ian Iskandar mengekori kereta Dr. Ilyas Khan dari belakang. Hati Ian Iskandar tidak tenteram. Takut apa-apa bakal terjadi kepada Qistina, walaupun dia tahu Dr. Ilyas Khan sebenarnya seorang lelaki yang budiman. Namun hati lelakinya yang masih cemburu, tidak rela melihatkan Qistina bersama lelaki lain. Paling ditakutinya, Qistina terjatuh hati dengan Dr. Ilyas Khan dan membuatnya berputih mata. Oleh itu, dia mahu berterusan mengawasi gerak-geri Qistina dan Dr. Ilyas Khan.

Setibanya di Banqueting House, Whitehall, dewan di mana majlis makan malam akan diadakan, Ian Iskandar mengetap bibir melihat Qistina memaut lengan Dr. Ilyas Khan ketika meniti anak tangga. Qistina juga sebenarnya tidak selesa begitu namun, kerana bimbang dengan keadaan kain labuh serta kasut tumit tingginya, dia tiada pilihan melainkan memaut lengan Dr. Ilyas Khan untuk sokongan.

Di dalam dewan makan, memandangkan ketibaan mereka masih awal dan waktu makan malam masih belum bermula, Dr. Ilyas Khan membawa Qistina berjalan ke sekitar dewan makan sambil memperkenalkan Qistina kepada beberapa rakan kenalannya. Kehadiran Qistina disambut mesra. Qistina dapat menangkap beberapa kerlingan ke arah Dr. Ilyas Khan diberikan kenalannya itu, mungkin sebagai isyarat bertanyakan siapakah gerangan dirinya itu. Lebih-lebih lagi amat ketara pada pandangan mereka bagaimana istimewanya layanan Dr. Ilyas Khan terhadap Qistina.

Di dalam kereta tadi, Dr. Ilyas Khan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Qistina kerana sudi menjadi ‘teman wanita’ segeranya.  Qistina cuba melakonkan wataknya sebaik mungkin, walaupun masih berasa janggal. Dia cuba melupakan Ian Iskandar seketika, namun bukanlah sesuatu yang mudah. Renungan Ian Iskandar tadi serta reaksi lelaki itu melihatnya bersama Dr. Ilyas Khan masih jelas di matanya. Entah mengapa hatinya tidak tenteram melihat Ian Iskandar begitu. Terasa ingin memujuk dan meyakinkan Ian Iskandar bahawa tiada apa-apa hubungan istimewa antara dirinya dengan Dr. Ilyas Khan.

Ketika kedengaran di corong mikrofon pengumuman upacara dimulakan, Dr. Ilyas Khan membawa Qistina ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka berdua. Dr. Ilyas Khan menarikkan kerusi untuk Qistina dan Qistina melabuhkan punggungnya. Dr. Ilyas Khan mengambil tempat di sebelah kiri Qistina.

Mereka asyik berbual berdua tanpa menyedari kedatangan seorang lelaki dan seorang wanita yang tiba-tiba duduk bertentangan dengan mereka di meja bulat yang sama. Dr. Ilyas Khan dan Qistina masih lagi berbisik-bisik dan bergurau senda berdua. Entah apa yang mereka bualkan, orang lain tidak tahu memandangkan suara mereka begitu perlahan sekali.

Ketika pengacara majlis mula berucap untuk mengalu-alukan kedatangan para hadirin, barulah Dr. Ilyas Khan perasan bahawa wanita yang duduk bertentangan dengannya merupakan Dr. Fatma Ali bersama teman lelakinya. Untuk seketika waktu, mata Dr. Ilyas Khan dan Dr. Fatma Ali saling bertaup. Dr. Ilyas Khan menundukkan kepalanya kepada Dr. Fatma Ali dan temannya sebagai tanda hormat sebelum kembali memalingkan wajahnya ke arah Qistina. Dia berbisik lagi.

Oh, I forgot to tell you that I’ve ordered vegetarian dishes for both of us tonight, so you don’t have to worry about dinner, alright?”

Qistina tersenyum manis. Dia juga perasan bekas tunang Dr. Ilyas Khan kini duduk di meja yang sama dengan mereka. Dia juga telah perasan bagaimana Dr. Fatma Ali kelihatan sedikit terkejut melihat Dr. Ilyas Khan duduk di meja yang sama sebentar tadi. Pasti juga terkejut melihatkan bekas tunangnya bersama wanita lain.

Thanks! Very thoughtful of you!” Qistina berbisik kembali.

Ucapan demi ucapan dibuat pengacara dan juga tetamu kehormat yang hadir. Qistina antara dengar dengan tidak, kerana dia baru sahaja terkena panahan mata Ian Iskandar.

Selang satu meja di hadapan mereka, Ian Iskandar sejak tadi memandang segala gerak-geri Dr. Ilyas Khan dan Qistina dengan renungan yang menikam. Kini, matanya dan mata Qistina saling bertembung. Entah mengapa pada ketika itu, Qistina tidak dapat melarikan pandangan matanya. Di saat itu, Qistina mengerti dengan jelas perasaannya terhadap lelaki itu. Selama ini dia antara mengaku dengan tidak. Sering berdolak-dalik. Cuba menanamkan perasaannya dalam-dalam agar perasaan itu tidak menguasai hatinya. Namun kini dia tahu dia sudah tewas. Dadanya dirasakan teramat berat. Ya, dia kini telah jatuh cinta. Ya Allah! Ke mana kewarasan akal fikirannya? Ke mana pergi ‘aku tidak layak untuknya’ yang sering diucapkan di dalam hatinya?

“Qistina, are you alright?” Dr. Ilyas Khan bimbang dengan riak wajah Qistina yang tiba-tiba berubah pucat. Qistina menoleh dan cuba mengukirkan senyuman.

“Ilyas, how do you know for certain that you’ve fallen in love?”

Dr. Ilyas Khan tersenyum. “You’ve fallen for him, haven’t you? You know, if looks could kill, I think I’ve died a thousand deaths tonight…” kata Dr. Ilyas Khan sambil tertawa kecil. Bukan dia tidak menyedari jelingan maut yang sering dilemparkan Ian Iskandar kepada dirinya dan Qistina sepanjang malam. Ternyata Ian Iskandar begitu mencemburuinya kerana mendampingi Qistina.

What do you mean?” Qistina bertanya.

Your Ian has been looking at me with daggers in his eyes throughout this evening! He really hates my guts.

Your Ian? Ianku?’ Ketika Qistina berniat untuk menoleh ke arah Ian Iskandar, Dr. Ilyas Khan pantas menahan. “No, don’t look at him! Don’t let him know we are talking about him…”

Qistina menurut. “I’m so stupid, Ilyas. Why did I allow myself to fall for him?”

You know what they say…love can be so unexpected. Love can do crazy things to a person. On the one hand, it can make you feel so much happiness but on the other hand, it could also make you feel so much pain…” suara Dr. Ilyas Khan melirih. Jelas di mata Dr. Ilyas Khan betapa dia sudah merasai kebahagiaan dalam bercinta dan juga kesengsaraannya juga.

‘Bodohnya aku!!! Kenapa aku boleh benarkan diri aku ni jatuh cinta dengannya???’

He’s a very lucky man, Qistina! Any man would be lucky to have you.” Dr. Ilyas Khan memuji. “I hope we can still be friends?”

Of course…” Di hati Qistina, dia tidak mahu kehilangan Dr. Ilyas Khan sebagai sahabatnya, walau apa pun terjadi antara dirinya dengan Ian Iskandar. “But I don’t think it will work out between him and me. We are so different in so many ways…and I don’t think he feels the same way about me.”

What?!! Are you crazy?? You must be kidding me!” Dr. Ilyas Khan kurang percaya dengan apa yang didengarinya.

What?” tanya Qistina kehairanan.

It is so obvious that he loves you too!”

Qistina menggelengkan kepalanya. Tidak! Ian Iskandar tidak mencintainya. Dia hanya mahu mengahwini Qistina untuk membahagiakan ibunya. Demi memenuhi impian ibunya yang mahu melihatnya mendirikan rumah tangga.

No, you’re wrong!”

“Qistina, believe me. I’m a man, okay and I know from the way he looks at you that he’s crazy about you. It’s so obvious, Qistina! Why can’t you see it?”

Sukar untuk Qistina mempercayainya. Adakah benar kata-kata Dr. Ilyas Khan itu? Benarkah Ian Iskandar mencintai dirinya? Adakah disebabkan cinta yang membuatkan Ian Iskandar berubah menjadi seorang yang romantis dan penggoda? Dia juga jelas cemburukan Dr. Ilyas Khan…Cukupkah tanda-tanda itu semua untuk menggambarkan perasaannya yang sebenar?

I know you don’t believe me, but just think about it…”

Tidak lama kemudian, makan malam mula dihidangkan. Masing-masing menikmati hidangan makan malam. Di hadapan meja, Dr. Fatma Ali tidak dapat melarikan matanya daripada menatap kemesraan yang jelas terpancar dari kedua-dua insan yang kelihatan begitu cocok bersama. Siapakah gadis itu? Tidak pernah dia berjumpa dengan gadis itu sebelum ini. Mata Dr. Ilyas Khan asyik berlari ke wajah gadis itu. Senyuman istimewa Dr. Ilyas Khan yang selama ini dikhaskan buat tatapan dirinya seorang, kini dikongsi dengan gadis itu. Dia mula tidak senang duduk. Adakah dia cemburu?

I think Ian isn’t the only one watching us,” bisik Qistina perlahan.

Dr. Ilyas Khan mengerti maksud kata-kata Qistina. Dia juga menyedari sepasang mata Dr. Fatma Ali juga sering berlabuh ke arah dirinya dan Qistina. Dia tersenyum di dalam hati.

Promise me something, Ilyas.”

Terkejut Ilyas dengan permintaan Qistina. Dia memandang wajah serius gadis itu. “What, love?”

That if she wants you back, you are going to make her suffer first!” Kening Qistina dijungkit-jungkitkan menggambarkan dia sekadar mengusik Dr. Ilyas Khan.

Tawa Dr. Ilyas Khan terletus. “Well, you did say she was going to come crawling back to me, right? Don’t worry, love. I promise!” Tawa Dr. Ilyas Khan masih berbaki.

Memang dia tahu sekiranya Dr. Fatma Ali ingin kembali ke pangkuannya, dia tidak akan teragak-agak untuk menerimanya kembali dengan serta-merta. Namun, ada benarnya juga kata-kata Qistina tadi. Takkan begitu mudah dia akan menerima wanita pujaan hatinya kembali? Ke manakah perginya ego dan maruahnya? Cukuplah maruahnya direndahkan ketika merayu bekas tunangnya untuk kembali kepadanya suatu masa dahulu. Tidak lagi! Kali ini, biarlah bekas tunangnya pula yang merayu-rayu.

Ian Iskandar memandang Qistina dengan mata yang tidak berkelip. Ingin sahaja dia bangun dari tempat duduknya dan menarik Qistina keluar dari dewan itu. Jauh daripada Dr. Ilyas Khan. Qistina benar-benar mencabar kelelakiannya malam ini. Panas di hatinya tidak tertahan lagi. Geram! Marah! Cemburu! Semuanya! Berani gadis itu bermesra dan bergurau senda dengan lelaki lain di hadapannya!!

Sesungguhnya dia tidak senang duduk melihat kemesraan antara Qistina dengan Dr. Ilyas Khan. Apatah lagi melihat gadis itu sentiasa mengukirkan senyuman manisnya buat Dr. Ilyas Khan. Dia risau gadis itu akan jatuh ke tangan lelaki lain. Dia harus pantas bertindak!

Selepas makan malam, lantai dansa dibuka dan lagu-lagu berentak perlahan dialunkan oleh pemuzik-pemuzik orkestra. Dr. Ilyas Khan dan Qistina pada mulanya kekal duduk di meja mereka. Kemudian apabila muzik yang dimainkan bertambah kuat, Dr. Ilyas Khan mengajak Qistina untuk berubah tempat agar perbualan mereka tidak terganggu.

Qistina membuntuti Dr. Ilyas Khan ke bahagian belakang dewan. Di sana, mereka bersandar di balik dinding sambil mengamati suasana di dalam dewan. Gelak ketawa memenuhi ruang dewan. Rakan-rakan Dr. Ilyas Khan masih ada yang mendekati dan ingin berkenalan dengan Qistina. Qistina beramah mesra dengan kenalan-kenalan Dr. Ilyas Khan.

Tiba waktu untuk meninggalkan dewan, mereka terserempak dengan Dr. Fatma Ali bersama teman lelakinya di pintu masuk utama. Suasana menjadi sedikit janggal namun pantas Dr. Ilyas Khan mengucapkan hello dan mengenalkan Qistina kepada mereka. Qistina bersalaman dengan Dr. Fatma Ali dan mengukirkan senyuman kepada teman lelaki Dr. Fatma Ali, Brian McDowell. Berubah wajah Dr. Fatma Ali mendengar Dr. Ilyas Khan memanggil Qistina dengan gelaran ‘sweetheart’.

Dr. Fatma Ali cuba berlagak bersahaja namun senyuman di bibirnya tidak sampai ke matanya. Setelah berpamitan seketika, Dr. Ilyas Khan memaut lengan Qistina dan membimbingnya keluar dari Banqueting House. Ketika di luar, Qistina menarik nafas lega. “Thank God, that’s over!”

Dr. Ilyas Khan tergelak melihat kelegaan di wajah Qistina. “Thank you so much, Qistina. Remember, any time you need a favour from me, just call me, okay?”

Qistina mengangguk. “Ilyas, I thought for a moment there, she was going to attack me!” Qistina berjenaka. “She looked so jealous and she was watching you the entire evening!!”

Dr. Ilyas Khan tersengih meleret. Suka dia mendengar kata-kata Qistina. “Really? You really think so?” Wajah tampan Dr. Ilyas Khan berubah seperti budak kecil yang baru diberi gula-gula kesukaannya. Sungguh comel!

Qistina mengangguk-anggukkan kepalanya. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta Dr. Ilyas Khan. Punat remote ditekan dan Dr. Ilyas Khan membukakan pintu kereta untuk Qistina. Sebelum sempat Qistina masuk ke dalam kereta, kedengaran suaranya dipanggil.

“Qistina?”

Spontan Qistina dan Dr. Ilyas Khan menoleh. Terkejut melihat Ian Iskandar berdiri beberapa meter sahaja di belakang mereka. “Errr…saya, Encik?”

Doc, since I am heading back the same way, I can send Qistina home. You don’t have to bother.”

Qistina dan Dr. Ilyas Khan saling berpandangan. Permintaan Ian Iskandar itu sebenarnya tidaklah keterlaluan, namun Dr. Ilyas Khan masih belum puas menguji Ian Iskandar. “Oh no, Ian. It’s no bother. I couldn’t bear to part with Qistina now. I’m truly enjoying her company. I’ll send her home.” Sukar untuk Dr. Ilyas Khan menyembunyikan senyumannya melihat riak tegang di wajah Ian Iskandar. Ian Iskandar mengalah dan mengangguk kecil. Dia berundur beberapa langkah sambil matanya masih memandang Qistina. Tajam. Memberi isyarat yang dia tidak puas hati dengan Qistina dan dia akan berjumpa di rumah nanti. Kemudian dia terus berlalu.

Dr. Ilyas Khan berbisik ke telinga Qistina, “You know, if he had a gun, I swear he would shoot me right here and now!” Mencerlung mata Qistina memandang Dr. Ilyas Khan sebelum tawanya terletus. Dia kini mengerti Dr. Ilyas Khan hanya menduga Ian Iskandar. “But you be careful, Qistina. I think he’s going to be a bear with you tonight!”

Qistina mengakui di dalam hati dia juga berasa bimbang dan takut untuk menghadapi Ian Iskandar malam nanti. Dia mengeluh kecil.

Qistina merasa sangat lega mendapati dia dahulu tiba ke rumah. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Dr. Ilyas Khan, Qistina lekas-lekas naik ke atas. Dia membersihkan diri, bersolat dan kini bersedia untuk masuk tidur. Baju dan seluar pajama satin di tubuhnya terasa amat selesa. Sebelum itu, dia membelek BlackBerry, untuk melihat sama ada Timah telah membalas e-melnya yang terbaru – luahan hatinya tentang makhluk bernama Ian Iskandar. Pada masa yang sama, ingin juga dia tahu sama ada ada perkembangan terbaharu mengenai kakaknya Sarah Qireena.

Bila mendapati tiada e-mel daripada Timah, Qistina baring di atas katil dan memikirkan kata-kata Dr. Ilyas Khan tentang Ian Iskandar sebentar tadi. Benarkah lelaki itu mencintainya? Dia sungguh keliru. Lama dia memikirkan hal itu.

Qistina bangun dari perbaringannya dan mencapai tudungnya. Kardigan disarungkan ke badan bagi menutupi baju tidurnya yang berlengan pendek. Niat di hati ingin ke dapur untuk mengambil segelas air. Kering sungguh rasa tekaknya.

Ketika membuka daun pintu, dia hampir-hampir terjerit melihatkan Ian Iskandar berdiri betul-betul di hadapannya sambil tangannya diangkat ke atas seolah-olah mahu mengetuk pintunya. Terkejut dia! Spontan tangan kanannya menekup jantungnya yang tiba-tiba berdegup kencang.

Kelihatan Ian Iskandar telah pun menanggalkan jaketnya dan hanya berkemeja putih. Lengan bajunya sudah dilipat hingga ke siku. ‘Ya Allah! Tampannya dia!!! Macho gila!’

“Encik, terkejut saya!”

Ian Iskandar tidak membalas. Dia hanya merenung gadis di hadapannya yang sudah kembali santai dan berbaju tidur. Walau apa pun yang dikenakan Qistina, gadis itu tetap menawan di matanya. Dia berasa cukup lega bila mengetahui Dr. Ilyas Khan telah terus sahaja menghantar Qistina pulang ke rumah dari majlis makan malam tadi. Risau dia sekiranya Dr. Ilyas Khan membawa Qistina melencong ke tempat lain.

Cuma Ian Iskandar sahaja yang sengaja melengahkan waktu pulangnya dan terus memandu tanpa tujuan, semata-mata untuk menenangkan kembali perasaannya yang sedang berkocak. Tidak mahu pulang dengan keadaannya yang sebegitu tegang. Takut dia tidak mampu mengawal perasaannya ketika berhadapan dengan Qistina nanti. Namun faks yang baru diterimanya dari Kuala Lumpur sebentar tadi telah mengembalikan perasaan amarahnya terhadap gadis itu.

Ada apa Encik?” Qistina mula cuak diperhatikan begitu.

“Kita perlu berbincang!” Tegas. Serius.

“Pasal apa, Encik? Mintak maaf, Encik tapi saya penat sangat. Boleh tak kita bincang esok je?”

“Apa ada rancangan apa-apa esok?” Ian Iskandar menyoal keras.

“Errr…tak de apa-apa, Encik.”

“Okey, esok awak keluar dengan saya. Saya ada perkara nak bincang dengan awak!”

Sebelum Qistina sempat menjawab, BlackBerry Qistina di atas katil pula berbunyi. Qistina menoleh ke arah katilnya. Dia berasa hairan kerana BlackBerry itu tidak pernah berdering sebelum ini. “Sekejap, Encik,” lalu Qistina berlari mengangkat BlackBerrynya. Tanpa disedarinya, Ian Iskandar turut masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu.

“Helo?”

“Ina? Aku ni!” suara Timah sayup-sayup kedengaran di hujung talian.

“Tim!” Qistina mula risau. Mengapa pula Timah menelefonnya ketika waktu di Kuala Lumpur masih tengah subuh, mungkin.

“Aku saja tunggu time ni nak call kau. Aku tak boleh lama. Aku cuma nak bagi tau kakak kau masuk hospital. Aku tak tau sebab apa tapi bila aku ke hospital untuk collect results check-up aku, aku nampak mama dan papa kau kat sana. Bila aku selidik, aku nampak nama kakak kau kat dalam list of patients. Sepupu aku yang jadi nurse kat hospital tu yang tolong aku.”

Qistina terduduk di atas katil. Mukanya pucat. Tangannya sedikit menggeletar. Ian Iskandar kaget dengan tingkah laku Qistina.

“Tim…” itu sahaja yang mampu diucapkan Qistina.

“Aku pergi dulu, Ina. Nanti aku e-mel kau panjang lebar sikit, terutama sekali pasal apa yang kau baru cerita kat aku tu. Jangan risau, aku tak cerita pada sesiapa tentang lamaran yang kau baru terima tu. Also, Insya-Allah kakak kau akan okey. Kita doa ya. Ingat! Aku sayang kau, aku rindu kau…kau jaga diri baik-baik!” Laju Timah berkata-kata untuk menghabiskan segala apa yang ingin disampaikan kepada Qistina.

“Aku pun sayang kau jugak, Tim…terima kasih…” lemah suara Qistina. Talian dimatikan. Qistina memejamkan matanya. ‘Ya Allah. Selamatkanlah kakakku. Berilah kekuatan kepadanya, ya Allah. Lindungilah dia,’ doa Qistina di dalam hati.

Who the hell is Tim?” kuat Ian Iskandar bersuara. ‘Lelaki mana pulak yang bersayang-sayang dengan Qistina ini? Mula-mula si Khairul tu, lepas tu si doktor tu, sekarang ada orang lain pulak?’ getus hatinya. Marahnya semakin bersemarak.

Qistina terkejut. Bahunya terangkat. Matanya terbuka luas. Langsung tidak menyedari lelaki itu ada di dalam biliknya. Ketika matanya terbuka, ketika itu jugalah air matanya mengalir ke pipi. Terlalu risau mengenangkan nasib kakaknya.

Ian Iskandar tersentak. Manik-manik yang mengalir di pipi gadis itu menyentap tangkai hatinya. Rasa marahnya sebentar tadi terbang entah ke mana.

“Qistina? Kenapa ni?” Ian Iskandar melabuhkan punggungnya di sebelah Qistina di atas katil itu. Rapat. Mata gadis itu masih membulat memandangnya. Namun pandangannya kosong…

“Qistina, saya kat sini. Beritahu saya apa yang dah berlaku…” Ian Iskandar memujuk. Suaranya mengendur dan tidak keras lagi seperti tadi.

Qistina menggeleng-gelengkan kepalanya. “Encik, tolong tinggalkan saya sendirian…” bisik Qistina.

“Qistina, tolonglah jangan asyik ketepikan saya. Saya betul-betul risaukan awak ni! Awak kenapa?” Ian Iskandar memaut lengan Qistina dengan niat ingin memujuk.

Air matanya mengalir semakin deras. Dia pantas menyeka air matanya. Segan dia menangis begitu di hadapan Ian Iskandar.

“Sofiah Qistina…” lembut Ian Iskandar memanggil nama gadis di sebelahnya.

Qistina melangut. Wajah Ian Iskandar keruh. Mungkin benar lelaki itu berasa risau tentang dirinya. Pautan tangan Ian Iskandar di lengannya terasa hangat, walaupun berlapik. Qistina melepaskan nafas yang tersekat-sekat.

“Kakak saya masuk hospital, Encik…Saya terkejut dan rasa risau sangat!” Qistina memberi penjelasan dalam esak tangisnya.

Berkerut dahi Ian Iskandar. “Awak tau kenapa dia masuk hospital?” Pautan di lengan Qistina dieratkan.

Qistina menggelengkan kepalanya. Tidak mahu meneka walaupun kecederaan yang diceritakan Timah baru-baru ini memberi gambaran kakaknya dipukul seseorang.

“Awak nak call kakak awak?”

Qistina menggelengkan kepalanya sekali lagi. Ian Iskandar mengeluh. “Habis tu? Awak nak buat apa? Awak nak saya mintak tolong kawan saya yang kat KL tu untuk tengokkan kakak awak?”

Qistina berfikir sejenak. “Takpelah, Encik. Saya tunggu kawan saya kat KL tu bagi saya berita lanjut…” Qistina mengesat baki air matanya. Dia mengambil nafas dalam-dalam. Sedikit demi sedikit dia kembali tenang. Dia tahu, tiada apa yang mampu dilakukannya selain berdoa. Dia menarik lengannya daripada pautan Ian Iskandar perlahan-lahan. Ian Iskandar membiarkan perlakuan Qistina itu.

“Qistina….siapa Tim?” Ian Iskandar mengulangi pertanyaannya sebentar tadi tetapi kini dengan nada yang lembut.

“Tim?” Qistina merasa pelik. ‘Takkan dia tak ingat? Kan aku pernah kenalkan Tim pada dia dulu? Err…ke aku kenalkan sebagai Timah? Dia ingat Tim tu lelaki ke?’

“Tim! Yang awak kata awak sayang tadi tu…” nada suara Ian Iskandar seakan merajuk. Benci dia mendengar ucapan sayang yang terbit dari bibir gadis itu buat orang lain. Dia mahu dirinya sahaja yang menerima ucapan sayang daripada Qistina.

“Tu kawan baik saya, Encik. Errr…Encik tak ingat? Kawan saya Timah yang saya kenalkan kat KLIA dulu?”

“Awak panggil kawan awak tu Tim?” lega betul Ian Iskandar mendengar penjelasan Qistina, sehinggakan dia hampir sahaja mengukirkan senyuman. Tim merupakan singkatan kepada Timah rupa-rupanya. ‘Buat sakit jantung aku je…’

“Ha’ah…” sebuah senyuman terukir di wajah Qistina. Untuk seketika kenangan bersama Timah kembali menerjah ke dalam fikirannya. Tanpa berfikir, dia terus berkata-kata.

“Encik tau, dulu selalu saya usik kawan saya tu, sebab nama dia Timah dan bukan Fatimah, macam yang lazimnya. Dia mesti marah kalau saya cakap macam tu…senang je kalau saya nak cari gaduh dengan dia. Hmm, rupanya nama tu nenek dia yang nak sangat macam tu. Tak tau kenapa! Kalau ikutkan mak dan ayah Tim, diaorang nak nama Fatimah, lagi sedap dan sempena nama anak nabi Muhammad.”

Senyuman Qistina makin melebar. Terpanar Ian Iskandar melihat senyuman itu, walaupun tidak ditujukan kepadanya. Ian Iskandar membiarkan sahaja Qistina bercerita dan mengimbau kenangan lalu. Ian Iskandar mengambil peluang untuk membenarkan matanya meliar ke wajah gadis itu. Dan lesung pipit itu….oh lesung pipit itu…

“Tapi saya rasa kelakar sangat sebab bagi saya nama tu macam tak lengkap. Macam nama zaman dulu-dulu. Setiap kali saya usik dia, kita orang mesti bergaduh…tiap kali kalau saya nak buat Tim rasa bengang dengan saya, saya pasti akan ungkit pasal nama dia ni. Senang je nak buat dia marah…” Qistina tergelak kecil.

Kemudian dia menoleh dan memandang Ian Iskandar dengan wajah yang masih tersenyum. Terkedu dia melihat riak wajah Ian Iskandar. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang cukup redup. Lama mereka berpandangan begitu. Akhirnya Qistina tersedar. Dia lantas berdiri. “Maaf Encik, saya melalut tadi…”

Ian Iskandar juga berdiri dan mengambil langkah mendekati Qistina. Qistina berundur satu langkah ke belakang. Ian Iskandar tunduk dan mendekati telinga Qistina. “Awak tak pernah melalut, Qistina. Saya suka dengar suara awak. Begitu merdu di telinga saya…”

Qistina masih tegap berdiri. Dia takut sekiranya dia bergerak, pipinya akan bersentuhan dengan pipi Ian Iskandar.

“Kalau boleh, saya nak dengar suara merdu awak di telinga saya sepanjang masa…terutama sekali sebelum saya tidur dan pertama sekali bila terjaga dari tidur…”

Qistina tetap kaku.

“Macam mana pun, saya harap kakak awak akan cepat sembuh. Saya juga akan mendoakan dia...” Ian Iskandar mengeluh kecil. “Saya sebenarnya ada banyak perkara nak bincang dengan awak. Tapi takpelah…Awak tidurlah…Esok saja kita bincang…Awak ikut saya esok…” Ian Iskandar mengalah.

Qistina tahu Ian Iskandar mahu membincangkan tentang dirinya dan Dr. Ilyas Khan. “Ikut Encik ke mana?”

Ian Iskandar tersenyum. “Jangan bimbang! Saya bukan nak culik awak…walaupun kalau saya nak, memang boleh aje…”

Ian Iskandar berjalan menuju ke pintu bilik. Dia menoleh dan berpaling ke arah Qistina. Berat hatinya meninggalkan gadis itu. Kalaulah Qistina sudah halal kepadanya, sudah tentu gadis itu akan dipeluk dan dimanjai sepanjang malam agar segala kesedihannya dapat dilenyapkan. “Goodnight, love. Jumpa esok.”

Qistina terkedu. Dia sudah biasa dengan panggilan ‘love’ itu sepanjang lima tahun berada di kota London ini. Cuma apabila Ian Iskandar menggunakan panggilan itu tadi, bunyinya amat lain sekali. Gelaran itu seperti digunakan untuk membahasakan kekasih hatinya. Begitu merdu di telinganya. ‘Betul ke telahan telinga aku tadi?’ Qistina tidak pasti. Yang pasti, hatinya merasa sungguh sejuk mendengar panggilan itu untuk dirinya. Bagai disiram dengan air mawar yang harum lagi nyaman. Sungguh mendamaikan jiwanya yang mendambakan ketenangan ketika ini. Apakah aura yang ada kepada lelaki itu yang bisa membuatnya berperasaan begini? Qistina tiada jawapannya.



1 comment:

Sila gunakan bahasa yang berhemah. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima kasih....