Wednesday, 3 September 2014

Kegilaan Rindu Awak 200%





Tanggal 1 Sept 2014 yang lalu, berakhirlah 28 episod Rindu Awak 200% yang disiarkan melalui slot Akasia di TV3. Satu lagi siri yang diadaptasikan daripada novel karya Liyana Zahim. Ya, sudah banyak siri TV yang diadaptasikan daripada novel-novel. Antaranya, Projek Memikat Suami, Kampung Girl, Ariana Rose, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Yes Boss, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Adam & Hawa, Teduhan Kasih dll. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berapa menjadi. Jujurnya, ketika saya membaca novel RA200% ni dulu, saya rasa jalan ceritanya biasa-biasa sahaja, tetapi apabila diadaptasikan menjadi suatu siri, ternyata rancangan ini menjadi suatu fenomena. Kenapa?

Pada pendapat saya, pemilihan para pelakon untuk melakonkan watak sangat-sangat penting untuk menjayakan sesuatu siri itu. Biasalah, nama pun novel cinta. Majoriti pembaca novel adalah kaum Hawa, yang tidak lari daripada mengangankan ‘happily ever after’. Semua gadis inginkan the perfect man, yang romantik, yang handsome, caring, kaya, berjaya, etc. etc. etc. Jadi nak mencari hero atau heroin yang boleh ‘membawa’ sesuatu watak mengikut jalan cerita dalam novel itu bukanlah mudah. Chemistry antara hero dengan heroin pun sangat penting.

Sebagai seorang penonton siri RA200%, saya dapat rasakan keserasian atau chemistry antara Zul Ariffin dengan Ayda Jebat. Gandingan mereka bagi saya, amat-amat menjadi. They look so comfortable together. Dialog yang natural, riak wajah yang bersahaja, body language, semuanya bersesuaian dengan skrip. Bukan saja watak hero dan heroin yang menjadi, watak-watak lain terutamanya papa dan mama Armel, Daria, Abang An, Azad pun berkesan. Saya rasa watak Raizil dan Irene saja yang kurang menyengat. Ada sedikit kekurangan dari segi lakonan. Itu pendapat saya sebagai seorang penonton.

Sesuatu cerita itu perlulah believable. Watak suami isteri yang dilakonkan ZA dan AJ sangat believable. Gelak ketawa, usik mengusik, the look they gave each other, semuanya nampak natural, tidak dipaksa atau dibuat-buat. Tidak berlebihan dan just nice membuatkan penonton mula menggilai watak Kapten Zill Faezrul. Saya membaca komen-komen penonton di blog/website tempatan. Pada awal-awal siri ini ditayangkan, ramai yang membenci Ayda Jebat. Kononnya tak pandai berlakon. Well, itu pendapat masing-masing. Saya teringat komen saya pada teman rapat saya, Gen, pada mula-mula dulu. Saya kata, lakonan Ayda ni okay, given that she can be characterised as a newcomer. Dia berjaya buat orang benci pada character Armel. Kita kena faham yang dia bersifat kurang ajar tu bersebab. Satu, faktor hubungan dingin dengan ibunya menjadikan dia seorang pemberontak dan dua, dia mahu diceraikan oleh suaminya. Sebab itu dia buat perangai. Also, the fact dia kahwin sebab dendamkan si Raizil. Bila dia dah insaf, penonton terus suka, terus 'merestui' hubungan dia dengan Faez. Bilangan peminat/follower ZA dan AJ sekelip mata jadi berlipat ganda.

Walaupun ada beberapa detail yang tidak dipentingkan, (seperti cadar bilik tidur yang tidak pernah bertukar sepanjang 28 episod, sama ada di rumah parents Armel, mahupun di condo sendiri, dan ketiadaan sanak-saudara atau teman rapat ketika hari majlis pertunangan Abang An yang nampak suram dan tidak meriah), keseluruhannya, RA200% boleh dikatakan berjaya. Tidak meleret-leret…But most importantly, endingnya tak tergantung or abrupt!!! (Although I wished, fesyen tudung Armel lebih bersesuiaan dengan wajah dia…supaya nampak lebih cantik dan ayu.)

To me, Ayda has the potential to go far. She is young and still has so many opportunities to grow. Meanwhile, ZA’s acting has improved tremendously. Can he be in the same position where Aaron Aziz used to be in terms of being “the” hero of Malaysian films? We’ll see…

Tahniah kepada pengarah, penulis skrip and the entire cast….Saya terhibur!!!

Ikhlas,

Lynn

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang berhemah. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima kasih....