Monday, 25 August 2014

Salam Perkenalan Part II

Hari ni kita sambung balik sesi suai kenal ni, ya?

Saya ni dari zaman remaja memang gemar membaca buku cinta, tetapi yang berbahasa Inggeris. Saya bermula dengan membaca koleksi Mills & Boons kepunyaan arwah ibu dan kakak saya. Hahaha! Arwah mak pun berjiwa romantik rupanya, tetapi arwah mak dan abah bukanlah pasangan yang romantik pada saya. Tak pernah nak berlovey dovey pun. Banyak jenis buku cinta yang saya baca selain M&B dan penulis kegemaran saya pada waktu itu ialah Julie Garwood, Kathleen E. Woodiwiss dan Judith McNaught. Tak tau kenapa saya tak pernah teringin nak membaca novel cinta berbahasa Melayu. Malah, saya mula membaca novel Melayu hanya pada lewat tahun 2011. Tu pun sebab kawan saya, Gen, yang paksa!!

Tapi yang peliknya, cerpen yang saya tulis ketika zaman persekolahan dulu berbahasa Melayu, tapi minat membaca novel Inggeris. Namun, setelah mula membaca novel cinta Melayu pada tahun 2011, saya tidak berhenti membaca hingga kini. Agaknya dah beratus-ratus novel yang saya baca!! Semuanya kerana desakan kawan saya tu. But I'm glad she did....Thanks, Gen!!!

Lepas saya dapat greenlight daripada suami, saya mula berangan-angan. Yalah, nak dapatkan plot bagi novel cinta yang lain daripada yang lain bukannya mudah. Tapi memandangkan hobi saya memang suka berangan, dari dulu-dulu kala lagi, tidaklah begitu sukar untuk mendapat plot bagi manuskrip yang pertama.

Saya mula menulis manuskrip pertama saya pada lewat tahun 2011. Ia siap sepenuhnya pada bulan Februari 2012. Sambung pulak dengan manuskrip kedua dan kini yang ketiga. Ada masalah sikit dengan manuskrip pertama, nanti saya cerita, InsyaAllah, tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus menulis. InsyaAllah, manuskrip saya yang kedua akan terlahir dulu. Bila? Bila publisher dah confirm betul-betul barulah saya maklumkan nanti, ya? Takut hangat-hangat tahi ayam pulak...

Bukan mudah untuk menjadi penulis. Mungkin kalau ada kelapangan saya akan berkongsi pengalaman saya. Syukur kini penerbit buku cinta dah banyak di Malaysia ni. Jadi penulis bisa memilih...Tapi yang paling penting ialah kesabaran...Faktor kesabaran inilah yang benar-benar mencabar sesiapa pun jua...termasuk saya. Contoh yang saya tulis kat atas cukup jelas bukan? Mula menulis pada tahun 2011. Kini dah tahun 2014....Harap-harap akan ada hasilnya tidak lama lagi...

Break dulu kejap...Sehingga menulis lagi...

Lynn

Sunday, 24 August 2014

Kesedihan 1Malaysia

Kesedihan melanda 1Malaysia dengan kepulangan hampir separuh daripada jenazah-jenazah penumpang dan anak kapal MH17 pada Jumaat (22.08.2014) yang lalu. Saya juga turut bersedih sehinggakan tiada daya untuk menulis atau mengupdate blog ini. Tentunya, rata-rata penulis blog menzahirkan kesedihan yang sama. Tidak dapat digambarkan betapa pilu dan sedihnya ahli keluarga serta sahabat handai mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga Allah memberikan ketabahan serta kesabaran yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

Semoga juga di hati kita semua terbit rasa keinsafan. Ajal dan maut itu ketentuan Allah. Sekelip mata sahaja nyawa boleh diambil kembali...Kita hanya mampu berdoa yang kita semua bakal dijemput dalam keadaan yang baik, yakni mati dalam keimanan...InsyaAllah...

Wednesday, 20 August 2014

Salam Perkenalan

Salam dan hello semua!!

Selamat berkenalan!! Saya, Lynn Safiya. Baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Agak ketinggalan di situ. Tapi tak pelah...Asalkan ada. We all have to start somewhere, betul tak?

A little info about myself...saya ni dulu berkecimpung dalam bidang undang-undang. Seronok, mencabar, stressful but satisfying. Tapi bila rasa dah ter'over' burn out, saya ambik keputusan nak berhenti kerja. Nak buat business kononnya. Tapi apalah perancangan kita ni sebenarnya, kan? Tak akan dapat melebihi perancangan daripada Allah. Saya minat mengembara melihat dunia orang lain, membaca, menyanyi (dalam bilik air), minat tahap gaban pada warna ungu (thus the choice of blog name and colour) dan bersukan. Masa sekolah pun memang aktif bersukan...Lasak jugak saya masa kecik-kecik dulu!!

Nak dijadikan cerita, agak lama selepas arwah mak dan abah meninggal, saya mengemas sikit-sikit bilik study kita orang adik-beradik masa sekolah dulu. Kemas punya kemas, sekali tu terjumpa kotak kecik. Tergamam sekejap sebab sejak lepas SPM, kotak tu memang ditinggalkan begitu saja...

Masa sambung study, balik study, mula kerja, berkahwin dsb, kotak tu terus jadi pekasam...Tak pernah ingat akan kewujuduan kotak tu...Bila bukak, jeng..jeng..jeng...

Ada beberapa buku latihan (exercise book) masa zaman sekolah dulu. Helaian pertama diselak. Rasa terkejut ada, malu pun ada. Cerpen pertama saya...Agaknya ditulis ketika saya dalam tingkatan 3 atau 4. Saya baca dari mula sampai habis cerpen tu. Bukak pulak buku latihan kedua. Tak silap ada 3 cerpen kesemuanya. Nasib baik tengah duduk masa tu sebab kalau tak, mesti saya jatuh terduduk. Saya fikir, macam mana saya boleh lupa yang masa dulu-dulu, saya ni memang suka menulis??? Terjumpa pulak himpunan puisi-puisi yang ditulis, juga masa zaman teenager dulu. Asyik dok menghadap buku-buku law bertahun-tahun lamanya, saya langsung lupa tentang minat saya yang pertama, iaitu sastera kreatif...

Lama jugak saya fikir. Fikir tentang business yang tak jadi, dan yang jadi pun, tak berapa nak jalan...

Akhirnya, saya bincang dengan suami. Tanya pendapat dia pasal mencuba nasib sebagai seorang penulis...Dia tak tunggu lama, terus belikan saya notebook untuk kegunaan saya. Dan saya pun mula menulis.....Suatu kepuasan yang tidak terhingga bila manuskrip pertama siap, diikuti dengan manuskrip kedua dan kini ketiga...Alhamdulillah...

Apa yang saya tulis??? Nanti kita cerita lagilah ya...

Wassalam,
Lynn