Thursday, 4 December 2014

Antologi Cerpen 20 Jiwa 1 Destinasi - Teaser Cerpen 'Never a Second Best'


Keluaran bulan Disember - Lovenovel Publication



Zakhwan menelan liur sebelum berdehem kecil. “Deja tak sudi nak pandang muka abang ke?”

Wajah menyampah ditayang. Mulut mencebik namun Deja masih diam.

Zakhwan tersenyum. Kosong. Tiada gula.

“Abang rindu pada princess abang sorang ni...”

“Cut the crap! Abang nak apa?” Laju Deja mencantas. Tajam matanya menikam ke mata Zakhwan. Puhleezelah! Ingat jiwa aku ni boleh dibeli dengan kata-kata rindu?

“Abang nak Deja!” Straight to the point! Seperti yang diminta Deja. Tajam juga mata Zakhwan terpasak ke dalam anak mata Deja.

Deja seakan tertelan lidahnya sendiri. Terkedu dia mendengar kata-kata Zakhwan. Mungkin empat tahun dulu, kata-kata itu akan membuat dia melayang-layang ke angkasa, tetapi tidak kini. Tidak lagi. Deja mengalihkan matanya daripada panahan mata Zakhwan. Sesungguhnya dia akan sentiasa tewas dalam pertandingan lawan pandang dengan lelaki itu.

“Go to hell!” balas Deja kurang ajar.

Zakhwan tersenyum sinis. “I am already in hell, princess. Now I want my heaven back!”

Monday, 10 November 2014

Baby 'Along'


Salam dan selamat petang semua. Sebelum ni saya pernah bercerita tentang manuskrip pertama yang mula ditulis pada 2011 tetapi masih belum menemui pembaca di pasaran. Alhamdulillah, baru-baru ni saya mendapat kata putus daripada LNP bahawa Baby Along sudah pun diluluskan. Bagi sesiapa yang berminat nak tahu tentang perjalanan Baby Along ni, meh saya kongsikan di sini.

Saya mula ‘mencari’ publisher daripada novel2 yang dibaca lalu pantas membuat carian di internet. Kemudian saya mencari booth publisher di pesta buku. Bila sudah membuat keputusan, saya pun menghantar e-mel. Tanya sama ada publisher berminat nak menerima dan menilai manuskrip saya. Dalam masa yang sama, bermacam-macam soalan saya utarakan, termasuk isu royalti, proses yang perlu dilalui, jangka masa yang akan diambil bagi tempoh penilaian dan sebagainya. Dan saya membuat penilaian sendiri daripada balasan yang saya terima. Menggunakan instinct dan juga comfort level...

Selepas 2 bulan manuskrip dihantar, saya e-mel mengatakan since takde balasan apa-apa, saya anggap manuskrip saya tidak diterima. Dan-dan dapat balasan kata mereka tidak menerima manuskrip yang dihantar. Saya disappointed sebab dah bazirkan 2 bulan tapi tetap bersangka baik. Maka saya menghantar semula. Tiga bulan lepas tu, dalam bulan Oktober 2012, saya mendapat ‘green light’ kata lulus. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa happynya saya masa tu.

Lepas lulus, senyap...tiada apa-apa follow-up. Saya e-mel lagi bertanya. Tiada balasan. Mungkin 3-4 e-mel yang dihantar, saya akan dapat 1 balasan. Nak e-mel selalu sangat, nanti mesti kata saya ni terlalu mendesak dan tidak sabar. Bila call dan tinggalkan pesanan, tidak pernah saya terima panggilan balasan. Begitulah...Susah agaknya nak balas e-mel sekadar memberitahu tentang status...

Sepanjang tahun 2013, saya masih menunggu. Akhirnya pada Februari 2014, saya menarik kembali manuskrip saya tu. Biarlah saya dianggap kurang sabar...Dan-dan dapat balasan meminta maaf dengan alasan terlalu banyak manuskrip dalam tangan dan semuanya beyond their control. Iyolah...Masa tanya dulu kenapa tak cakap macam tu? Saya ni orang baru...bila tanya fasal proses tak nak jawab. Cakap jelah waiting period dua tahun ke, tiga tahun ke...Tak boleh?

Saya cari publisher lain. Saya impressed sangat dengan publisher ni (yup, it’s LNP) sebab laju dia balas e-mel saya dan menjawab soalan2 saya, ketika ingin menghantar manuskrip Demi Bahagia Ini. Jadi lepas saya tarik balik manuskrip Baby Along, saya pun submit pada LNP.

Tup-tup kena reject! Hahaha...Memang dugaan betul masa tu...

Tapi saya dengar nasihat LNP dan juga nasihat kak FA from another publisher. Kita kena dahulukan pembaca. Tak boleh turutkan sangat kemahuan hati. Jadi saya olah semula manuskrip saya. Submit. Tak sampai sebulan, lulus. Alhamdulillah...

Ada banyak benda kita kena consider sebelum nak submit manuskrip pada mana-mana publisher. Kita tanya diri kita, apa yang kita nak sebenarnya. Nak bernaung di bawah payung gah lagi well-known atau menulis sebagai sumber mencari rezeki...Saya housewife, tak sanggup menunggu bertahun-tahun lamanya hanya mahu bernaung di bawah publisher yang dah lama establish. Saya perlukan income juga. Saya juga pernah menjadi service provider, jadi cara sesebuah publisher menjawab e-mel pertanyaan saya juga saya pertimbangkan. Ada juga yang kerek tau, jangan tak tahu...Hahaha...

Banyak isu yang perlu difikirkan. Proses, nama/reputasi publisher dalam market, marketing strategies, public relations, rangkaian pembaca dan sebagainya. Itu pendapat saya but at the end of the day, berdoa dan bertawakkallah that you have chosen the best for YOU!. Bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri...Sesuatu publisher mungkin tak sesuai bagi saya tapi sesuai untuk orang lain dan sebaliknya. Jangan anggap saya memuji LNP the best, sebab ini semua bergantung pada kehendak dan selera masing-masing...Takde sesuatu organisasi pun yang sempurna, kita kena sedar tu...Jadi buatlah research sendiri sebelum membuat keputusan...Itu je yang saya boleh cadangkan....

Sekadar nak berkongsi pengalaman.

Salam sayang,

Lynn

Wednesday, 5 November 2014

Demi Bahagia Ini - Bab 19 (Akhir di blog)

BAB 19

Qistina terpaku dalam duduknya. Seluruh tubuhnya dirasakan kaku dan membeku. Dia pantas mendongak dan memalingkan wajahnya ke arah Ian Iskandar dan ternyata lelaki itu juga sedang merenungnya tajam. Bagai ada sesuatu yang ingin disampaikan lelaki itu melalui pandangan matanya. Adakah ini semua sekadar kebetulan? Betulkah apa yang ditangkap telinga Qistina sebentar tadi?

Jurunikah sebentar tadi menyebut nama Ian Iskandar bin Idris Mansor. Ian Iskandar bin Idris Mansor? Mengapa nama ayah Ian Iskandar sama dengan nama ayah Remy? Selama ini dia menyangkakan yang nama sebenar Ian ialah Ian bin Iskandar.

‘Bodohnya aku! Kenapa aku tak pernah tanya nama penuhnya?’ Qistina memerlukan penjelasan. Telinganya tidak mampu mendengar apa-apa lagi. Semuanya dirasakan bak angin lalu.

Ian Iskandar menghampirinya. Ian Iskandar tahu Qistina dapat meneka apa yang selama ini dibukukan di dalam hati. Dia dapat melihat dengan jelas reaksi Qistina sebentar tadi. Dia hanya berharap Qistina dapat bersabar dan tidak menyerangnya sehingga mereka pulang ke rumah.

Tangan dihulurkan. Qistina tidak menyambutnya. Dia masih terpinga-pinga. Sudah selesai ke lafaz ijab dan kabul?

“Qistina,” bisik Ian Iskandar perlahan. “Saya akan jelaskan semuanya nanti. Sekarang, sambut tangan saya dulu.”

Iman Elena yang duduk bersebelahan Qistina menguis lengan Qistina. Qistina tersentak dan akhirnya menyambut huluran tangan Ian Iskandar. Dia mengucup tangan suaminya itu untuk kali pertama. Rasa keliru berbaur rasa syahdu yang amat sangat. Ian Iskandar kemudian mengucup dahi isterinya itu. Hangat. Lama. Penuh rasa kasih! Kemudian bibir Ian Iskandar mendarat pula di kedua-dua pipi Qistina. Qistina terkedu.

That’s enough, Ian. You’ll have plenty of time for that later!” suara garau Muhammad Mikail, suami Iman Elena merangkap pengapit Ian Iskandar berseloroh.

Terasa darah menyerbu ke muka Qistina. Malu dia diusik begitu. Ian Iskandar hanya menyengih. Ian Iskandar sengaja berlambat-lambat menyarungkan cincin di jari manis Qistina kerana mahu berlama memegang tangan gadis itu yang terasa begitu sejuk sekali. Selepas semuanya berakhir, Iman Elena memeluk dan mencium pipi Qistina. Gembira!

Sungguh ringkas majlis akad nikah mereka, namun amat bermakna. Walaupun tiada Timah, Mak Esah, Pak Atan serta ahli keluarganya yang lain, Qistina tetap rasa bersyukur. Kini, dia sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dicintainya. Dia kini menjadi hak Ian Iskandar sepenuhnya. Papanya kini sudah tiada hak lagi untuk menentukan masa depannya. Qistina berasa sangat lega.

Namun perasaan bercampur-baur yang dirasakan sebentar tadi masih menyelubungi dirinya. Apakah penjelasan yang bakal didengarinya daripada Ian Iskandar?

Iman Elena mengajak Qistina meninggalkan masjid. Sebuah resepsi ringkas telah dirancangkan di rumah Puan Mariam untuk tetamu yang hadir untuk majlis akad nikah tadi. Ketika Qistina melangkah keluar dari pintu masjid, dia mendengar namanya disapa dari belakang. Dia memalingkan tubuhnya dan tersenyum melihat Dr. Ilyas Khan.

“Ilyas, you came!” Gembira Qistina melihat sahabatnya itu. “Alone?” Qistina bertanya sambil matanya meliar mencari kelibat seseorang.

Dr. Ilyas Khan mengangguk. “Told you I wouldn’t miss your wedding for the world, right? And yes I came alone. After what Fatma did to you, I’m not going to take her back that easily!” jelas Dr. Ilyas Khan.

Qistina menggelengkan kepalanya. Memanglah bahu dia sakit diperlakukan Dr. Fatma Ali, tetapi sikit pun dia tidak menyimpan dendam terhadap bekas tunang Dr. Ilyas Khan itu. “Ilyas, you know I don’t hold a grudge against her…I just want you to be happy…”

I know….and I’m so lucky to have you as my friend…” ikhlas Dr. Ilyas Khan menyuarakan isi hatinya.

Qistina tersenyum lagi. “Come, shall we? You’re coming for the reception, right?”

Of course! I’ll see you soon. You’d better go, Qistina. Ian is waiting for you. He has been frowning all the while I’m talking to you!” Dr. Ilyas tergelak. Ian Iskandar nampaknya masih bersikap cemburu walaupun Qistina telah sah menjadi miliknya.

Qistina mengangguk dan meninggalkan Dr. Ilyas Khan. Dari jauh, dia melihat Ian Iskandar sedang bersandar di tepi keretanya sambil menyilang tangan ke dada. Santai dan amat seksi.

Pandangan mata Ian Iskandar tidak berganjak dari wajah isterinya itu. Dengan perlahan, kerutan di dahinya dan ketegangan di wajahnya mula hilang. Keayuan serta kejelitaan isterinya itu mendamaikan jiwanya. Pandai betul adiknya Iman Elena menyolek wajah Qistina. Dia seolah-olah terpukau dengan wajah isterinya itu. Langsung tidak dapat mengalihkan pandangan matanya. Isterinya? Ya! Akhirnya gadis di hadapannya kini telah selamat menjadi isterinya. Isterinya! Istilah yang begitu bermakna sekali. Syukur, ya Allah atas anugerah yang terindah ini…

Qistina semakin hampir dengan kereta Ian Iskandar. Gelabah dia melihat cara Ian Iskandar mengamati dirinya dari kepala hingga ke kaki. Langkah Qistina terhenti di hadapan Ian Iskandar. Dia tidak tahu apa yang perlu diperkatakan kepada suaminya itu yang masih terpaku memandangnya. Mereka saling berpandangan. Qistina menggigit bibirnya. Resah dia menanti Ian Iskandar memulakan bicara.

Iman Elena dan suaminya yang berdiri tidak jauh daripada pasangan pengantin baharu itu saling berpandangan. Masing-masing seakan bertanya apa yang sedang terjadi antara Ian Iskandar dengan Qistina. Muhammad Mikail berdehem. Terangkat bahu Qistina. Terkejut dia! Ketika melihat riak wajah Iman Elena dan suaminya, Qistina pantas tunduk. Malu dia ditangkap begitu.

Shall we go now? The sooner we leave, the faster the both of you can begin on your honeymoon!” Muhammad Mikail berseloroh.

Iman Elena mencubit perut suaminya ketika melihat wajah Qistina yang merona merah. Muhammad Mikail sudah tergelak besar. Ian Iskandar menolak bahu adik iparnya itu, namun senyuman nakal terukir di wajahnya. Makin bertambah besar ketawa Muhammad Mikail.

Ian Iskandar menarik perlahan lengan Qistina dan membukakan pintu kereta. Qistina menurut. Ian Iskandar mengambil tempat dan mula memandu keluar dari kawasan masjid. Dari semasa ke semasa, dia mengilas pandang kepada Qistina yang duduk di sebelahnya, masih membisu.

“Ina cantik sangat hari ni!” Perlahan Ian Iskandar bersuara.

Dari tadi lagi dia ingin memuji kecantikan Qistina, tetapi dia kehilangan kata-kata apabila pertama kali melihat Qistina sebelum bertolak ke masjid tadi. Qistina kelihatan berseri-seri dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, seolah-olah hari inilah hari yang paling bahagia bagi dirinya.

Qistina menoleh. “Terima kasih,” jawab Qistina ringkas. Ian Iskandar pun apa kurangnya? Pertama kali melihat Ian Iskandar serba lengkap dengan persalinan baju Melayunya, Qistina hampir ternganga. Rasanya dia tidak pernah melihat Ian Iskandar setampan dan sesegak itu! Reaksi Puan Mariam pun begitu. Sehingga mengalir air matanya melihat Ian Iskandar mengenakan persalinan baju Melayunya dan selepas itu Qistina pula kelihatan indah dan cukup jelita di matanya.

Suasana kembali sepi. “Saya tahu apa yang Ina fikirkan. Sabar ya. Saya akan jelaskan semuanya nanti

Qistina tidak membalas. Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Ian Iskandar mengeluh. Dia tidak tahu apa yang difikirkan Qistina ketika ini.

Setibanya di rumah, Ian Iskandar memegang kemas tangan Qistina dan membawanya masuk ke dalam rumah. Walaupun tetamu sudah mula hadir dan memenuhi ruang tamu, Ian Iskandar menarik Qistina masuk hingga ke dalam bilik Puan Mariam. Puan Mariam telah sedia duduk di atas kerusi roda, dengan niat untuk menyertai majlis resepsi untuk anak dan menantunya itu. Walaupun dia kesal kesihatannya tidak mengizinkannya menghadiri majlis akad nikah anak lelakinya, namun dia tetap bersyukur dapat menyaksikan Ian Iskandar membawa pulang menantunya itu.

Naseem keluar dari bilik Puan Mariam sambil mengukirkan senyuman kepada Qistina. Dia turut merasa gembira dengan penyatuan majikannya bersama gadis itu.

Mummy, ni Ian bawak balik menantu mummy!”

Qistina berlutut di sebelah kerusi roda Puan Mariam lalu menyalami dan mengucup tangan ibu mentuanya yang amat disayanginya itu. Puan Mariam pula memeluk erat Qistina dan mencium dahi menantu baharunya. Mata mereka berdua mula berkaca. Tanpa sebarang bicara, Puan Mariam mengusap penuh kasih kepala Qistina. Qistina hanya memandang dengan perasaan yang cukup sebak dan terharu.

“Qistina, Ian…” Puan Mariam memanggil.

Ian Iskandar pula merapati ibunya. “Mummy gembira sangat hari ni! Ian, mummy nak Ian jaga Ina baik-baik dan cintailah dia sepenuh hati. Jujur dan setialah kepadanya. Cuma dia! Setiap kali Ian rasa nak curang pada Ina, ingatlah pada mummy dan macam mana perasaan mummy bila daddy Ian curang pada mummy dulu,” pesan Puan Mariam kepada anaknya.

Qistina semakin terharu. Kata-kata Puan Mariam mengingatkan kembali kata-kata Iman Elena kepadanya baru-baru ini.

Mummy, Ian janji yang Ian akan hanya mencintai Qistina seorang dan hanya dia saja ada dalam hati Ian.

Qistina menoleh ke arah Ian Iskandar. Air matanya yang jernih, mengalir perlahan ke pipi. Kesungguhan Ian Iskandar mengucapkan kata-kata janji di hadapan ibunya meruntun jiwanya. Ian Iskandar menyeka lembut air mata isterinya itu. Pandangan matanya redup dan penuh dengan cinta.

“Qistina,” Puan Mariam memanggil. Qistina mengalihkan pandangannya.

“Saya, mummy?” serak suara Qistina.

Mummy percaya Ina boleh bahagiakan Ian. Sentiasa jaga nama baik dan maruah suami. Bersabarlah dengannya sebab Ian ni kadang-kadang susah nak handle. Tengok jelah cemburu dia pada Ina dengan Dr Ilyas selama ni.” Puan Mariam menjeling ke arah Ian Iskandar. Masam wajah Ian Iskandar apabila Puan Mariam menyindirnya. Qistina tersenyum.

Which reminds me, mummy perlu ucapkan terima kasih kepada Dr. Ilyas sebab dah jalankan rancangan mummy dengan baik sekali!”

Qistina dan Ian Iskandar saling berbalas pandang. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan Puan Mariam. Akhirnya Ian Iskandar bertanya, “Rancangan apa?”

Mummylah yang minta Ilyas rapat dengan Ina. Saja je nak buat Ian cemburu. Mummy rasa, Ian ni terlampau lambat nak ambil tindakan. You were too slow for my liking! Bila Ian rasa tercabar dengan kehadiran Ilyas, barulah terkocoh-kocoh nak cuba dapatkan Ina. Takut terlepas, kan?”

Ian Iskandar pada mulanya merasa terkejut dengan pengakuan Puan Mariam itu. Namun dengan perlahan, dia mula tersenyum.

Mummy ni! Sebab mummylah Ian hampir-hampir jadi gila, tau! Takut Ina ni terlepas ke tangan si Ilyas tu. Sampai hati mummy buat Ian macam tu…”

Puan Mariam ketawa senang. Qistina masih terpinga-pinga di situ. Tiba-tiba meragui keikhlasan Dr. Ilyas Khan dalam menjalinkan ikatan persahabatan dengannya. Sekiranya tidak diminta Puan Mariam, adakah Dr. Ilyas Khan masih sudi berkawan dengannya?

“Ina, kenapa sayang?” soal Puan Mariam apabila melihat riak wajah Qistina yang sedikit berubah.

Qistina menggelengkan kepalanya. Ini persoalan yang boleh ditanyakan secara terus kepada Dr. Ilyas Khan nanti. “Takde apa-apa mummy.

“Jom. Masa untuk melayani tetamu kita,” ajak Puan Mariam. Qistina dan Ian Iskandar bingkas bangun daripada kedudukan mereka. Ian Iskandar menolak kerusi roda Puan Mariam menuju ke ruang tamu.

Tidak ramai tetamu yang hadir. Hanya saudara terdekat serta kenalan yang rapat sahaja. Namun kelibat jururawat Natalie Brown tidak kelihatan. Qistina difahamkan dia telah pun meletakkan jawatannya pada hari Jumaat yang baru lalu dan mulai hari Isnin nanti, jururawat lain pula akan mula bertugas. Qistina mengesyaki Natalie Brown meletakkan jawatannya kerana tidak sanggup melihat Ian Iskandar menjadi suami kepada Qistina. Namun kerana Natalie Brown tidak pernah mahu bertegur sapa, apatah lagi berbual dengannya, maka sukar untuk Qistina menanyakan sebab mengapa dia meletakkan jawatannya sebagai jururawat peribadi Puan Mariam.

Iman Elena memperkenalkan Qistina kepada saudara mara sebelah ibunya yang begitu mesra dan ramah menerima kehadiran Qistina dalam keluarga Puan Mariam. Ian Iskandar hanya memerhati dari jauh, sambil melayan para tetamu yang hadir. Qistina sempat juga berbual dengan rakan sekelasnya dari universiti, Keith Anderson, yang ditemuinya di luar Restoran Teratai, pada malam Ian Iskandar melamar Qistina buat pertama kalinya. Seronok Qistina mendengar cerita Keith Anderson tentang perkembangan rakan-rakan mereka ketika di universiti dulu.

Tidak lama selepas itu, Ian Iskandar melihat Qistina menghampiri Dr. Ilyas Khan. Wajah Qistina kini berubah serius. Ian Iskandar tidak dapat mendengar apa yang dibualkan mereka.

“Ilyas, madam told me about her plan to get Ian and me together, and apparently you were also involved in it?” perlahan suara Qistina bertanya. Dia mahu mendengar daripada Dr. Ilyas Khan sendiri tentang kemusykilan yang melanda hatinya.

Dr. Ilyas Khan tersengih meleret. Keningnya dijongket-jongketkan.

“Hmmm…the plan worked, didn’t it?” Dr. Ilyas Khan melihat wajah Qistina yang masih serius dan pantas menelan senyumannya. “What’s wrong, Qistina? Why the long face? You should be happy, no?” Risau dia melihat Qistina begitu.

So, it was all a plan? You never really wanted to be friends with me?” Qistina meluahkan keraguan hatinya. Dr. Ilyas Khan tersentak. Dia pantas menidakkan kata-kata Qistina itu.

“Qistina, you know that’s not true! Yes, I asked you out because madam wanted me to but I didn’t know we would get along so well! You have to believe me. I’m so glad to have known you and call you my friend!” Bersungguh-sungguh Dr. Ilyas Khan cuba meyakinkan Qistina. Qistina telah menjadi rakannya yang sangat baik dan dia tidak sanggup kehilangan Qistina sebagai temannya.

Qistina masih merasa ragu-ragu. Hari ini sahaja, sudah dua kejutan diterimanya. Satu mengenai nama penuh Ian Iskandar dan keduanya pula, tentang rancangan Puan Mariam yang melibatkan Dr. Ilyas Khan. Dia benar-benar keliru.

Dr. Ilyas Khan yang melihat Qistina masih diam beria-ia memperdengarkan penjelasannya kepada Qistina. Lama-kelamaan hati Qistina mula mempercayai ketulusan dan keikhlasan Dr. Ilyas Khan dalam menghulurkan salam persahabatan kepadanya. Tiada ragu-ragu lagi. Lega Dr. Ilyas Khan.

Selama dua jam yang berikutnya, Qistina dan Ian Iskandar melayan para tetamu sehinggalah tetamu yang terakhir meninggalkan rumah itu.

Di fikiran Qistina, kini tinggal satu lagi kejutan yang masih perlu diselesaikan. Qistina tidak akan berasa puas selagi segala persoalannya ketika di dalam masjid tadi belum berjawab.

Qistina memeluk Iman Elena ketika meminta diri untuk naik ke atas. Kakinya terasa sangat lenguh kerana berdiri untuk sekian lamanya hari ini. Dia mahu berehat sebentar. Dia mengucapkan terima kasih dengan setulus hatinya atas segala pertolongan Iman Elena bagi menjayakan majlis hari ini. Iman Elena terharu mendengar kata-kata Qistina. Dia membalas pelukan kakak iparnya itu.

Seperti biasa, Qistina menyalami dan mencium tangan Puan Mariam. Dan dengan lemah Qistina menaiki tangga untuk memasuki bilik tidurnya. Bunyi loceng pintu yang menandakan kehadiran seseorang di luar rumah tidak dihiraukannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian seketika.

Pintu biliknya dibuka. Qistina terlopong. Matanya liar memerhatikan keadaan biliknya yang kembali kepada keadaan asal ketika mula menjejakkan kaki ke dalam bilik ini dahulu. Barang-barangnya di atas meja solek semua tiada. Tangannya membuka almari dan sehelai bajunya pun tiada di dalamnya. Matanya melilau mencari BlackBerry yang diletakkan di atas meja kecil di tepi katil. Pun tiada!

Qistina terpinga-pinga sendirian. Mana pergi semua barangannya?

“Apa Ina buat kat dalam bilik ni?” Qistina pantas memalingkan tubuhnya apabila mendengar suara Ian Iskandar agak hampir di belakangnya. Entah bila suaminya muncul pun dia tidak tahu. Langsung tidak menyedari dirinya diekori. Ian Iskandar berjalan merapati Qistina di tengah-tengah bilik.

“Mana pergi barang Ina semua?” Soalan Ian Iskandar dijawab dengan soalannya sendiri. Mata Qistina masih meliar memandang ke sekelilingnya.

Ian Iskandar tersenyum. Tampan betul apabila lelaki itu senyum begitu. Qistina mula merasa tidak tentu arah.

“Kat dalam bilik Inalah…” jawab Ian Iskandar meleret.

Dahi Qistina berkerut. “Yelah…patutnya dalam bilik Inalah ni…tapi kenapa takde pulak?” Qistina masih belum mengerti sepenuhnya maksud di sebalik kata-kata Ian Iskandar tadi.

Ian Iskandar mengusap pipi isterinya itu. Kini dia bebas melakukan segala kehendak hatinya tanpa perlu berfikir panjang lagi. Qistina adalah halal di sisinya. Qistina menarik nafas. Sentuhan lembut di pipinya membuat dirinya rasa disayangi. Dia membiarkan sahaja Ian Iskandar mengusap dan membelai pipinya. Dia suka, walaupun degupan jantungnya sudah mula memecut laju!

‘Hai! Tak faham lagi isteri aku ni rupanya…’

“Bilik Ina bukan di sini lagilah, sayang! Bilik Ina, bilik Ian…bilik kita! Mestilah barang Ina semua dah masuk dalam bilik kita! Naseem yang alihkan masa kita kat masjid tadi…Emm, bilik Ian lagi besar daripada bilik Ina ni…jadi Ian rasa kita berdua akan lagi selesa kat sana…”

Qistina terkedu lalu terus tunduk. Malu dia dengan kebodohan sendiri. Dan malu mendengar Ian Iskandar memanggilnya ‘sayang’ untuk kali kedua dalam sejarah perkenalan mereka. Ian Iskandar menongkat dagu Qistina agar bertentangan mata dengannya. Wajah Qistina yang semakin memerah ditatap dengan penuh rasa kasih. Tentunya isterinya itu berasa malu kerana perlu berkongsi bilik dengannya mulai dari hari ini.

“Ina nak cari apa dalam bilik ni?” Suara Ian Iskandar masih lembut.

“Err…Ina cari BlackBerry Ina. Nak tengok kalau-kalau ada mesej daripada Timah je…”

“Daripada Timah ke daripada Khairul?” Ian Iskandar menduga.

Qistina menjeling suaminya itu. ‘Tak habis-habis dengan sifat cemburunya tu.’

“Daripada Timahlah…takde maknanya Ina nak dapat mesej daripada abang Khairul.”

Ian Iskandar tersenyum puas walaupun tidak berapa suka dengan panggilan ‘abang’ yang digunakan untuk si Khairul itu. “BlackBerry Ina ada kat dalam bilik kita. Tapi, boleh tak Ina check kejap lagi? Sekarang ni, ada orang nak jumpa Ina kat bawah. Kita turun, ya?”

Qistina mengangguk. “Ada tetamu lagi ke?”

Hmmm…ni tetamu istimewa…” 

“Tetamu istimewa?”

Ha’ah. Ina, kalau Ina suka dengan tetamu ni, saya nak hadiah!” Ian Iskandar tersenyum kecil.

Qistina mengerutkan dahinya. “Hadiah? Hadiah apa?”

“Sesuatu yang dah lama saya nak sangat daripada Ina sejak dulu lagi.” Redup pandangan mata Ian Iskandar.

Qistina membalas pandangan Ian Iskandar dan cuba memahami maksud daripada kata-kata Ian Iskandar. Qistina tertanya-tanya sendiri di dalam hati. ‘Apa yang dia nak sebenarnya ni? Adakah dia maksudkan malam pertama mereka?’ Qistina mula merasa cuak dan sangat-sangat malu. Terus dia tunduk.

Ian Iskandar ketawa kecil melihat reaksi Qistina. Dia merapati Qistina dan berbisik ke telinganya, “I meant a kiss from you, sayang…Ina fikir apa?” Ian Iskandar tidak habis-habis mengusik isterinya.

Terus Qistina melangut dan memandang Ian Iskandar yang masih dengan senyuman nakalnya. Tanpa berfikir, laju sahaja tangan Qistina mencubit perut Ian Iskandar. Wajahnya semakin terbakar. Panas dirasakannya!

‘Pandai dia nak usik aku, ya? Bukan main lagi…’

Tawa Ian Iskandar terletus. Dibawanya Qistina merapati tubuhnya dan dipeluknya kejap. Qistina terkesima berada dalam pelukan suaminya buat pertama kali. Hangat dakapan lelaki itu. Sehangat asmara yang dirasakan sedang membara di dalam sanubarinya. Qistina mengangkat tangan dan merangkul pinggang Ian Iskandar, sekali gus membalas pelukan suaminya.

Untuk seketika, Qistina melabuhkan pipinya di sebalik jantung suaminya itu. Degupan jantung Ian Iskandar mendamaikan. Sekuntum senyuman terukir di bibir merah Qistina. Ian Iskandar mengucup kepala Qistina yang dibaluti tudung itu. Dia benar-benar bahagia pabila merasakan tangan Qistina melingkari pinggangnya tanda isterinya membalas pelukannya tadi.

Ian Iskandar melepaskan nafasnya dalam-dalam. Matanya dipejam erat. Dieratkan lagi pelukannya seketika sebelum rangkulannya dilepaskan perlahan-lahan. Dia tidak dapat menolak keinginannya untuk mencium dahi dan kedua belah pipi isterinya itu. Akhirnya, tangan Qistina digenggam kemas.

“Jom, ada orang nak jumpa Ina kat bawah …” Ajak Ian Iskandar. Dia takut dia tidak dapat menahan gelora hatinya sekiranya mereka berdua berterusan berpelukan begini.

Qistina mengekori langkah Ian Iskandar menuruni anak tangga sehingga ke muka pintu ruang tamu. Melihat seorang wanita berjubah hitam berdiri membelakanginya, Qistina terus memberikan salam. “Assalamualaikum!”


Monday, 3 November 2014

Demi Bahagia Ini - Bab 18

BAB 18

“Kau pasti pompuan yang kau nampak tu Sarah?” Farid bertanya kepada sahabatnya Badrul.

“Aku taklah pasti sangat sebab pompuan tu pakai spec hitam. Lepas tu bertudung litup dan berjubah pulak tu…Tapi masa aku jalan melintasi dia kat KLIA tadi, dia tengah cakap dalam telefon. Suara dia macam suara Sarah!” Badrul menjeling ke arah Farid yang duduk bertentangan dengannya di atas sofa. Sudah beberapa hari Farid menumpang dan bersembunyi di kondonya. Semuanya gara-gara takut ditangkap polis atau paling ditakutinya, daddynya serta papa mentuanya.

“Aku tak rasa tu Sarah…” Farid memberikan pandangan. “Takpe…nanti aku akan jumpa jugak dengan dia…dia takkan boleh lari daripada aku!” dengus Farid.

Badrul memandang Farid. “Kenapa kau belasah dia teruk sangat macam tu? Apa dia buat kat kau?” sedikit marah nada suara Badrul. Dia tidak mengerti bagaimana Farid tergamak memukul isterinya sampai begitu sekali. Padahal Sarah Qireena yang dikenalinya seorang yang lembut perwatakannya. Menurut apa sahaja kemahuan Farid. Tidak pernah membantah. Namun, melihat cara Sarah Qireena memandang Farid, terdetik di hatinya yang mengatakan Sarah Qireena sebenarnya takut akan suaminya.

“Ah, tu kau tak payah nak ambik tahulah…Itu antara aku dengan Sarah!” sombong Farid membalas. “Kau tolong pergi beli aku dinner. Aku nak rehat kejap!”

Mencerlung mata Badrul memandang Farid yang telah kembali baring di atas sofa dan menutup matanya. ‘Dahlah menumpang rumah aku! Tau nak memerintah je…Ingat aku ni kuli dia ke apa?’ Namun kata-kata amarah itu hanya mampu diucapkan Badrul di dalam hatinya sahaja. Dia tahu benar perangai Farid. Pemalas! Baran! Hanya cakap Farid sahaja yang betul dan perlu diikuti.

Badrul bangun lalu mencapai kunci keretanya dari atas meja. Belum sempat dia melangkah menghampiri pintu masuk, daun pintu terlebih dahulu telah diketuk dari luar. Tanpa berlengah, Badrul membuka pintu. Terkejut besar dia melihat Tan Sri Ali Saifuddin dan Dato’ Malek berdiri di muka pintu. Dato’ Malek menolak Badrul ke tepi dan melangkah masuk. Marah dia melihat Farid berbaring di atas sofa seolah-olah tiada apa yang terjadi di sekelilingnya.

“Farid!” tempik Dato’ Malek.

Farid tersentak. Suara itu dikenalinya. Matanya dibuka perlahan. Tercengang dia melihat daddy serta papa mentuanya di hadapan mata. Dia langsung duduk dan meraup mukanya. ‘Mimpi ke aku ni?’ Farid segera memalingkan mukanya ke arah Badrul. Sangkanya Badrullah yang telah membocorkan rahsia persembunyiannya selama ini. Tanpa bersuara Badrul menggeleng-gelengkan kepalanya, seolah-olah dapat meneka tuduhan yang dilemparkan dari anak mata Farid kepadanya.

“Pengecut punya budak! Kat sini kau bersembunyi ya!” getus Dato’ Malek. “Mana Sarah?”

“Mana Farid tahu?” Farid membalas. Takut dia melihat wajah bengis ayahnya itu. Papa mentuanya masih diam tidak bersuara. Setakut-takut dia kepada daddynya, takut lagi dia kepada Tan Sri Ali Saifuddin.

“Hei! Bukan kau ke yang belasah dia separuh mati?! Siapa yang ajar kau pukul pompuan ni hah? Tak malu! Tahu nak malukan daddy dengan mummy je. Apa kau nak cakap pada papa Ali?”

Farid mendongak dan memberanikan diri memandang papa mentuanya. Terus dia merendahkan pandangannya. Tidak sanggup melihat wajah bengis papa mentuanya itu.

“Tu hal rumah tangga Farid. Daddy tak perlu masuk campur! Sarah isteri Farid, hak Farid…takde siapa boleh kacau…”

Dato’ Malek hilang kesabaran yang dibendungnya. Dicekaknya baju di leher Farid dan memaksa Farid berdiri. “Kurang ajar punya budak!” Ditamparnya muka Farid dengan tangan kanannya. Tan Sri Ali Saifuddin tidak menghalang. Sesungguhnya dia ingin melakukan lebih lagi terhadap menantunya itu. Kurang ajar!

Daddy pukul Farid? Daddy tak pernah pukul Farid! Sekarang pasal pompuan tu, daddy sanggup pukul Farid?”

Pompuan tu isteri kamu! Isteri kamu! Patutnya dah lama daddy pukul Farid. Taklah Farid jadi macam sekarang ni…” Dato’ Malek melepaskan dengan kasar pegangannya di baju Farid dan Farid terdorong ke belakang. Marah dan malu Farid dilakukan begitu, terutama sekali di hadapan Badrul yang selama ini begitu menyanjungnya.

“Alaaah…memanglah Sarah tu isteri Farid, tapi dia bukannya pilihan Farid! Daddy dengan papa made a business arrangement! Selama ni Farid anggap papa jual Sarah pada Farid dan daddy jual Farid kepada Sarah so that both of you could make a profit together…jadi Farid boleh buat apa saja pada Sarah…”

Tan Sri Ali Saifuddin terduduk mendengar kata-kata Farid. Dia sudah tidak mendengar lagi jeritan dan hamburan kata-kata kesat Dato’ Malek terhadap Farid. Dia hanya mendengar perkataan ‘jual’ dari mulut kurang ajar menantunya itu.

“Kenapa kau pukul dia?” Tan Sri Ali Saifuddin akhirnya bersuara. Perlahan.

“Hai, suka hati Faridlah!” Pertama kali Farid bersifat kurang ajar terhadap papa mentuanya. Selama ini dia terlalu menggeruni papa Sarah Qireena. Kini kerana ego dan kelelakiannya tercabar, dia berani menjawab begitu kepada pertanyaan Tan Sri Ali Saifuddin tadi.

“Ikut daddy sekarang!” perintah Dato’ Malek.

“Pergi mana? Farid nak duduk sinilah…” bidas Farid.

“Jangan degil. Kalau degil, daddy panggil polis!” Dato’ Farid hanya mengugut. Tidak sesekali dia akan menyerahkan anak lelaki tunggalnya itu kepada pihak polis. Farid bakal mewarisi harta dan perniagaannya. Anak-anak perempuannya yang lain tidak meminati bidang perniagaan ini, maka sandarannya hanyalah kepada Farid. Dato Malek’ juga menyedari Tan Sri Ali Saifuddin tidak akan sekali-kali membuat laporan polis. Takut reputasinya akan tercemar dengan berita-berita negatif sebegini.

Dengar sahaja ugutan daddynya itu, Farid mula takut. Dia bangun dan terus keluar dari rumah Badrul. Di muka pintu dia sempat berpesan, “Bad, kau kemas baju aku semua, lepas tu kau hantar kat rumah daddy aku!”

Panas hati Badrul mendengar arahan Farid itu. ‘Mengada-ada betul! Sikit ucapan terima kasih pun takde!’

“Ali, aku minta maaf. Farid tak pernah kurang ajar macam ni…Aku tak tau mana silapnya. Biar aku bawak dia balik dulu. Kalau ada apa-apa, aku akan call…” Dato’ Malek memegang bahu Tan Sri Ali Saifuddin. Malu betul dia dengan kelakuan Farid sebentar tadi.

Tan Sri Ali Saifuddin hanya mengangguk. Hatinya masih panas mendengar kata-kata Farid mengenai Sarah Qireena. Dia tahu bagaimana hendak mengajar menantunya itu. Hanya kerana dia tidak melaporkan perkara ini kepada pihak polis, tidak bermaksud dia akan melepaskan Farid begitu sahaja. Dia hanya menunggu masa. Yang paling utama, Sarah Qireena mesti dicari dahulu. Bagaimana pula dengan Sofiah Qistina? Tan Sri Ali Saifuddin mengeluh…Dia benar-benar buntu!

Saturday, 1 November 2014

Demi Bahagia Ini - Bab 17




BAB 17

Keesokan paginya, Iman Elena mengetuk pintu bilik Qistina. Di tangannya, sehelai baju kurung moden berwarna putih untuk dipadankan ke tubuh kecil Qistina. Setelah pintu dibuka, Iman Elena pantas masuk dan memaksa Qistina mencuba baju nikah yang telah ditempah Ian Iskandar khas untuknya.

Qistina tergamam melihat kerja tangan yang begitu halus dan indah di matanya. “Ian tempah ni untuk Ina?” tanyanya tidak percaya sambil tangannya melurut-lurut di atas kain satin yang terasa begitu lembut di kulitnya.

“Cantiknya baju ni, Iman…jahitan manik-manik kat baju ni begitu kemas…cepatnya siap!!” Qistina berterima kasih kepada si tukang jahit di dalam hati atas kerja tangan yang amat memuaskan hatinya.

Atas desakan Iman Elena, Qistina mencuba baju pengantin yang bakal dikenakan hari Ahad ini. Cukup padan dan sempurna di tubuhnya. “Macam mana Ian tahu ukuran baju ni, Iman? Elok-elok je muat.”

Iman Elena masih membisu. Matanya tidak putus-putus melihat Qistina yang begitu sempurna mengenakan persalinan nikahnya. Walaupun tanpa solekan, Qistina kelihatan sangat ayu dan jelita di matanya. Tidak sabar dia hendak melihat reaksi Ian Iskandar ketika melihat Qistina mengenakan persalinan ini nanti.

“Dia curi baju Ina untuk dapatkan ukuran!” Iman Elena membocorkan rahsia Ian Iskandar, sambil tergelak kecil. “Ina, hari ni mummy bagi cuti kat Ina. Ina ikut Iman pergi shopping tau. Banyak barang yang kita nak kena beli ni…Ina ikut, ya?”

“Tapi…Ian bagi ke Ina cuti?”

“Bagi…Iman dah tanya sejak semalam lagi, so tak payah risau. Abang dah setuju nak jaga Daniel masa kita keluar nanti. Sekarang jom turun breakfast dengan mummy. Lepas tu dalam pukul 10.00 kita keluar.”

Sakan betul Iman Elena membeli-belah. Namun kebanyakan barangan yang dibeli adalah untuk Qistina. Kasut, untuk dipadankan dengan persalinan akad nikah nanti, beg tangan, inai, alat-alat solek dan minyak wangi. Ketika Iman Elena menarik tangan Qistina masuk ke dalam kedai yang menjual pakaian-pakaian dalam wanita, Qistina mula berasa segan. Iman Elena meminta Qistina memilih beberapa helai gaun baju tidur. Qistina agak keberatan pada mulanya. Bukannya dia tidak biasa mengenakan gaun baju tidur yang jarang serta seksi begitu. Memang itulah cara dia berpakaian untuk tidur ketika bersendirian di rumah sewanya di London dulu, dan juga ketika berada di rumah papanya di Kuala Lumpur.

Namun kali ini, dia tahu niat Iman Elena adalah untuk dia mengenakan gaun tidur itu selepas berkahwin dengan Ian Iskandar nanti. Dia malu! Sungguh malu! Iman Elena terpaksa memujuk dan memujuk…Wajah Qistina yang kemerahan menggambarkan yang gadis itu berasa malu dan segan dengan gaun-gaun tidur yang telah dipilih Iman Elena untuknya. Akhirnya, tanpa menanti kata persetujuan daripada Qistina, Iman Elena terus membuat bayaran di kaunter. Beg plastik diserahkan kepada Qistina.

“Ina, hati suami kena pandai jaga. Kita tak nak suami kita tengok kat perempuan lain kan? Jadi, isteri kena pandai ambil hati suami dan salah satu caranya ialah sentiasa kelihatan menggoda di mata suami kita. Hal-hal di dalam bilik tidur kena jaga. Ina tak perlu rasa malu. Abang tu akan jadi suami Ina pun. Semua pada Ina akan jadi halal pada mata abang nanti. Tiada batasan antara suami isteri ni. Percayalah, okey!”

“Tapi Ina malulah, Iman. Selama ni, Ina tidur sorang-sorang je pakai gaun yang macam tu…”

“Mula-mula memanglah malu. Tapi, malam pertama adalah malam yang akan kita kenang seumur hidup kita, tau. Ina mesti nak malam tu malam yang istimewa kan? Bukan saja untuk Ina, tapi untuk suami jugak.” Tanpa segan silu Iman Elena berkongsi ilmu rumah tangga serta pesanan dengan Qistina.

Iman Elena menarik tangan Qistina masuk ke dalam kafe Starbucks untuk berehat dan minum sebentar. Minuman Mocca Frappuchino melegakan tekak yang panas serta kekeringan.

“Iman tengok abang tu dah kemaruk sangat dengan Ina. Iman tak pernah tengok abang macam ni…” Iman Elena kembali bersuara selepas minuman diteguk sepuasnya.

“Ian dulu orangnya macam mana, Iman?” Qistina ingin sangat mengenali diri Ian Iskandar sebelum dia bertemu dengan lelaki itu.

“Abang ni dari dulu orangnya serius. Tegas. Bertanggungjawab. Dialah yang menjaga mummy dan Iman. Abang terpaksa menjadi dewasa pada umurnya baru menjangkau sepuluh tahun. Masa tu mummy bercerai dengan daddy. Ia bukannya mudah untuk kami. Sampailah abang menjadi remaja dan kemudian dewasa, dia tak pernah bukakan hati dia untuk mana-mana perempuan. Bukannya dia tak laku. Berduyun-duyun perempuan cuba nak pikat dan goda dia. Tapi dia tak pernah layan…dia sentiasa cool je…hati dia macam tertutup…” Iman Elena melepaskan keluhan.

“Iman rasa mungkin abang takut nak jatuh cinta sebab dia dan Iman sama-sama lihat depan mata kita sendiri penderitaan yang mummy tanggung semasa bercerai dengan daddy. Tapi Ina berjaya membuka hati abang. Iman tak pernah tengok abang macam ni.”

Qistina tekun mendengar kata-kata Iman Elena. Sedih dia mendengar cerita tentang latar belakang kehidupan keluarga Ian Iskandar.

“Kenapa mummy dan daddy bercerai, Iman?”

Iman Elena mengeluh. “Daddy seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Masa mula-mula kahwin dengan mummy diaorang bahagia. Sangat bahagia! Lepas tu daddy mula berubah. Jarang balik rumah. Mula abaikan tanggungjawab pada keluarga. Rupanya daddy ada perempuan lain. Dengan salah seorang aktres terkenal pada masa tu. Daddy kahwin dengan perempuan tu, tanpa pengetahuan mummy. Rupanya, dah lama daddy kahwin lain dan selama ni, daddy tipu mummy! Tapi daddy tak adil. Dia lebihkan famili baru dia, terutama sekali anaknya dengan perempuan tu!” Suara Iman Elena melirih. Tanpa disedari Qistina menggenggam tangan Iman Elena di atas meja.

“Ina patut tengok keadaan abang masa tu! Lepas mummy dapat tau pasal daddy dan famili barunya, mummy terseksa sangat. Abang pun suffered. Dia tak cakap pada Iman tapi Iman rasa abang anggap dirinya seorang yang tak berguna di mata daddy. Daddy lebih utamakan anak lelaki barunya berbanding abang. Selepas mummy dan daddy bercerai, daddy langsung tak kisahkan kita orang. Syukur mummy dapat banyak haknya daripada daddy. Bolehlah kita orang hidup. Abang dan Iman dapat study sampai ke UK.”

Mata Qistina mula berkaca tatkala Iman Elena menceritakan kesengsaraan yang ditanggung Ian Iskandar ketika usia yang masih boleh dianggap terlalu mentah. Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa membesar tanpa kasih sayang dan perhatian daripada seorang bapa, yang lebih mengutamakan seorang anak lelakinya yang lain.

“Kenapa mummy tak balik ke London lepas perceraian tu?”

Mummy masih bekerja kat kedutaan masa tu. Lagipun mummy dah terlalu cintakan agama Islam dan nak abang dan Iman sama-sama mendalami Islam. Mummy rasa kalau kita pindah balik ke UK, abang dan Iman takkan praktikkan agama Islam tu. Jadi dia terus tinggal di KL.”

“Iman tahu tak, banyak yang Ina tak tau pasal Ian. Dia langsung tak pernah ceritakan pasal ni pada Ina…Ina pun tak tahu macam mana Ina boleh setuju nak kahwin dengan dia, atas dasar perasaan dan kata hati semata-mata…” Qistina meluahkan kegelisahannya pada Iman Elena. Mengharapkan pengertian bakal iparnya itu.

“Ina rasa macam ada banyak lagi yang Ian tak cerita pada Ina.”

Iman Elena tersentak. Namun pantas menyembunyikan riak wajahnya yang sedikit berubah sebentar tadi. Sememangnya memang ada rahsia yang disimpan Ian Iskandar daripada gadis ini. Tetapi biarlah Ian Iskandar sendiri yang mendedahkannya nanti.

“Ina, kadang-kadang kalau perasaan kita dan hati kita dah pasti, benda lain tu akan jadi kurang pentingnya…yang penting, Ina kena sentiasa percayakan abang, percaya yang apa yang abang buat semuanya demi Ina…takde orang lain di hati abang melainkan Ina…ingat tu!!”

Qistina memandang Iman Elena. Dia seolah-olah dapat meneka yang Iman Elena sedang cuba perkatakan sesuatu kepadanya. “Apa maksud Iman?”

“Perkahwinan ni kena banyak give and take…sebagai seorang isteri, banyak yang kita kena bersabar, banyak yang kita kadang-kadang terpaksa telan…tapi kita kena saling percaya-mempercayai, selalu berkomunikasi dan kasih sayang tu sentiasa kena pupuk…kadang-kadang sesuatu akan terjadi tanpa disedari atau tanpa kita sangka…Ina sentiasa kena bersedia tentang segala kemungkinan…”

Qistina semakin keliru. Apakah maksud di sebalik pesanan-pesanan Iman Elena itu?

“Ina ada buat solat Istikharah?”

Qistina mengangguk.

“Ada mimpi abang?”

“Entahlah Iman. Mimpi tu tak berapa jelas tapi yang jelas hati Ina…dan perasaan Ina pada Ian semakin hari semakin kuat…”

Iman Elena tersenyum.

“Kadang-kadang tak semua solat Istikharah ni akan datang petunjuk melalui mimpi kan? Kadang-kadang dari dorongan hati kita sendiri…” Iman Elena perasan wajah Qistina yang kini terlalu serius.

“Ina, dahlah…Iman yakin Ina dan abang akan bahagia…Ina betul-betul cintakan abang? Sanggup buat apa saja untuk dia?” Iman Elena sekadar menduga. Walhal jawapannya sudah terang lagi bersuluh di hadapannya.

Qistina mengangguk laju. “Pelik kan?”

“Apa yang peliknya?” Iman Elena tertawa kecil.

“Yalah…Ian tu kan majikan Ina. Lepas tu dia tu selalu tegas je dengan Ina…selalu nak marah-marah je…tak sangka dengan orang macam tu pun Ina boleh jatuh cinta…” Qistina dan Iman Elena sama-sama ketawa. “Betullah orang kata cinta tu buta…”

“Entah-entah abang tu asyik marah Ina sebab dia cemburu kot…cemburu kan Dr. Ilyas mungkin?” Iman Elena meneka. Teringat dia segala cerita Puan Mariam kepadanya melalui telefon saban hari.

“Hmmm…dengan Dr. Ilyas, Ina tau Ian cemburu…tengok orang macam nak makan je…” Qistina tergelak semula mengenangkan reaksi-reaksi Ian Iskandar ketika dia menyangkakan Qistina menjalinkan hubungan dengan Dr. Ilyas Khan. Diceritakan serba sedikit tentang kelakuan Ian Iskandar kepada Iman Elena.

Hampir dua jam mereka berbual dan beramah mesra. Mereka begitu selesa bersama. Iman Elena yang tidak pernah mempunyai sama ada adik perempuan atau pun seorang kakak, menyenangi peribadi Qistina dan mula menyayangi gadis itu, gadis yang kini bertakhta di hati abang kembarnya. Qistina begitu merendah diri dan begitu menghormati dirinya. Sukar untuk dipercayai yang gadis ini dibesarkan dengan harta yang melimpah ruah dan segala kemewahan hidup oleh papa dan mamanya, kerana tiada secalit kesombongan pun yang melekat pada hatinya.

Padanlah abangnya tergesa-gesa mahu menikahi Qistina. Tidak mahu gadis itu jatuh ke tangan orang lain, apatah lagi setelah mendapat tahu sebab utama mengapa Qistina terpaksa meninggalkan negara kelahirannya. Iman Elena tahu Ian Iskandar tidak sabar menantikan hari Ahad ini. Apa pun akan jadi selepas itu, Qistina telah pun menjadi miliknya.